Oleh: Ikram Daniel bin Mohammad, Rusmannawar Skymmar

Shah Alam: Pada 21 Mac yang lalu, telah berlangsung Program Khidmat Masyarakat: Iftar Bersama Anak Yatim yang dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertempat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman manis dan menghargai penghuni pusat jagaan ini yang terdiri daripada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan yang mulia. Ianya juga menjadi wadah dalam menggalakkan amalan berteraskan nilai-nilai murni serta membina keperibadian akhlak terpuji dalam kalangan mahasiswa Fakulti pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Seramai 27 orang pelajar terlibat bagi menjayakan program ini yang terdiri daripada mahasiswa/i Diploma Keusahawanan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI. Turut hadir adalah Dr Raja Nazim Raja Abdullah, Penasihat Kelab Keusahawanan UPSI. Tiga Puluh orang anak-anak yatim dan tenaga pengajar di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari telah diraikan dalam majlis tersebut. Dr. Raja Nazim berkata, program khidamat masyarakat perlu diterapkan kepada pelajar untuk memupuk perasaan kasih sayang antara komuniti dan persekitaran dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

Acara iftar ini juga di serikan dengan  pelbagai aktiviti yang menarik seperti penyediaan pelbagai juadah yang lazat serta berkongsi kegembiraan bersama penghuni pusat jagaan dan aktiviti permainan yang melibatkan pelajar UPSI dan penghuni Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.

“Saya berasa sangat gembira kerana diberi kesempatan untuk berbuka puasa serta meluangkan masa bersama-sama dengan adik-adik kami di sini., bermain permainan seperti membaling bola ke dalam bakul dan teka binatang .bersama mereka. Saya harap Kelab Keusahawanan UPSI dapat menganjurkan lebih banyak lagi program seperti ini.” Ujar Mohd Firdaus yang merupakan salah seorang peserta program ini. 

Program ini telah berjaya memupuk semangat kekitaan dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pesertanya. Selain daripada itu, penghuni pusat jagaan ini juga dapat merasai kemeriahan iftar yang menjadi kenangan berharga buat mereka. Kedua-dua pihak telah mendapat pengalaman berharga sepanjang program ini berlangsung. Adalah diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)