Oleh: Fajrul Solehien
Tanjong Malim: Ramadhan adalah bulan barakah yang dilipat gandakan pahala amalan baik, antara aktiviti lazim bagi memeriahkan Ramadhan adalah tadarus dan khatam Al-Quran.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 1445H/2024 di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) UPSI di bawah kelolaan Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff bersama jawatan kuasa pengurusan universiti turut hadir mengikuti tadarus bersama warga UPSI.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, En Mohd Zin Azhari Ahmad Nuze dari Pusat Islam UPSI dan diikuti dengan pembahagian kumpulan mengikut juzuk Al-Quran, di mana para peserta diberi peluang untuk membaca bersama secara beramai-ramai.
Majlis diakhiri dengan sesi Khatam Al-Quran dan penyampaian cenderamata daripada MPP UPSI yang diwakili oleh Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada warga UPSI yang menyertai majlis.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin; Pendaftar UPSI, En. Helmi Zaifura Abdul Rahman; Bendahari UPSI, En. Mohamad Najib Mohamed dan Penasihat Undang-Undang, Pn. Salwati Mohd Aris.