Kota Kinabalu, Sabah, 26 April 2024 – Kontinjen UPSI ke Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2024 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril merangkap Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
UPSI telah menghantar lima jenis sukan yang dipertandingkan di MASUM Fasa 1 iaitu Bola Tampar Pantai, Memanah, Petanque, Silat dan Taekwondo. Kontinjen UPSI telah membawa pulang pingat sebanyak 11 Emas, 5 Perak dan 11 Gangsa sehingga dinobatkan Naib Johan Keseluruhan di Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2024.
Pasukan Silat UPSI telah menyumbangkan 4 Emas, 4 Perak dan 3 Gangsa menerusi acara Silat Olahraga dan Seni. Atlet Silat UPSI yang mewakili ke Asean University Games 2024 juga turut menang di Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2024 telah membuat pulang pingat emas iaitu Fahmi Mifzal Fuad (Kelas Putra D) dan Nur Thaqilah Abu Shah (Kelas Putri Bebas), masing-masing dari program pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan). UPSI juga dinobatkan Naib johan dalam Sukan Silat.
Pasukan Memanah UPSI juga menyumbangkan 4 emas dengan kehadiran Fatin Nurfatehah Mat Salleh merupakan atlet memanah negara bagi acara compound. Acara yang telah dimenangi oleh Pasukan Memanah UPSI iaitu Compound 50m Qualifition Round, Compund 50m Elimination Round, Compound Women Team dan Compound Mixed Team. Dalam sukan Memanah, UPSI telah dinobatkan naib johan.
Bagi pasukan Taekwondo UPSI yang telah memberi pingat kepada UPSI iaitu 3 emas dan 6 gangsa. Acara yang membawa pulang pingat emas iaitu Kyorugi Female Light, Female Feather dan Female Heavy. Bagi acara Kyorugi Male Fin, Female Fin, Male Light, Male Light, Female Fly, Male Heavy dan Male Welter yang membawa pulang pingat gangsa.
Pasukan Petanque UPSI yang membawa pulang 1 perak dan 1 gangsa. Pingat Perak bagi acara Triple Lelaki yang memberi 1 perlawanan yang sengit pada pasukan UiTM di perlawanan Akhir. Manakala, pingat Gangsa bagi acara Single Wanita yang merupakan atlet yang bakal mewakili Asean University Games 2024 iaitu Nur Nisa Nadhirah Mohd Tirmeezy dari program pengajian ISMP Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kedudukan keseluruhan bagi sukan Petanque, UPSI telah dinobatkan tempat ketiga.
Sukan yang terakhir disertai oleh UPSI iaitu Pasukan Bola Tampar Pantai yang membawa pulang pingat gangsa. Pasukan UPSI telah menang berlawanan dengan UPM di peringkat Penentuan tempat ketiga.
UPSI perlukan lebih aktif dalam Karnival Sukan MASUM untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan UPSI. Di Karnival Sukan MASUM Fasa 2, 2024 juga meletakkan sasaran kedudukan ketiga daripada 20 Universiti Awam yang bakal berlangsung di Universiti Malaya (UM). UPSI akan menghantar pasukan Badminton, Bola Baling, Bola Jaring, Karate, Ragbi 7’s, Sofbol, Skuasy dan Tenis.
Tahniah dan Syabas, Kontinjen UPSI-MASUM Fasa 1 dan selamat berjuang kontinjen UPSI yang bakal berentap di UM bagi Karnival Sukan MASUM Fasa 2, 2024 pada 5 hingga 12 Mei 2024.
“Impossible is Nothing”