Oleh: Aifoollah Aqib Adnan & Dr Nur Ainul Basyirah Alias

Tanjong Malim, 8 Mei 2024- Program Simposium Seni Silat Dalam Tradisi Islam ini merupakan program pertama dibawah Lajnah Tugas-tugas Khas, Persatuan Pendidikan Islam (PPI) dengan kerjasama Kelab Pencak Silat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Persatuan Silat Gayong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sidang 2023/2024 dan kolaborasi bersama persatuan-persatuan di Universiti bagi menggalakkan penglibatan dan kecenderungan dalam seni tradisi melayu iaitu seni silat.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada semua mahasiswa untuk mengikuti suatu program yang mengupas pandangan dari sudut perspektif Islam terhadap seni tradisi silat yang mengulas secara terperinci seni mempertahankan diri dan memberikan pendedahan yang mendalam tentang amalan-amalan yang diamalkan oleh ahli seni silat sama ada bertepatan dengan ajaran Islam ataupun tidak. Melalui program ini juga, pelajar dapat mengutarakan dan mengetahui kepentingan seni mempertahankan diri terutamanya seni tradisi silat untuk kepentingan generasi akan datang bagi mengekalkan kewujudan dan pengetahuan berkaitan silat-silat di Malaysia.

Menurut Pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Ustaz Muhammad Hasbi Abdul Rahman, “Perkongsian pada hari ini bukan Sahaja bermanfaat kepada pelajar yang hadir Sahaja namun juga memberikan pengetahuan baru berkaitan silat di negeri saya sendiri sedangkan saya tidak pernah mengetahuinya sebelum ini.”

Melalui pengajuran program ini juga membantu memberikan pendedahan awal kepada semua mahasiswa tentang kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan ilmu dan kemahiran seni pertahankan diri oleh pelajar dalam kehidupan seharian seperti jenayah dan sebagainya. Diharapkan program sebegini lebih mendapat sambutan daripada mahasiswa amnya.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)