Oleh: Wafiy Zaini
28 Mei 2024

Tanjong Malim: Program ini dijalankan oleh Persatuan Bahasa Arab Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UPSI, serta Maktab Mahmud Merbok dengan matlamat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar Maktab Mahmud Merbok tentang syarat kemasukan ke UPSI khususnya dalam program Bahasa Arab.

Lawatan seramai 65 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan lima serta 20 orang guru pengiring ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Pemangku Pengetua Maktab Mahmud Merbok, En Ahmad Nasir Abidin.

Lawatan ini merangkumi beberapa perkara seperti taklimat tentang syarat kemasukan pelajar ke UPSI dan perkongsian dua wakil badan pelajar berkenaan Bahasa Arab daripada Persatuan Bahasa Arab UPSI dan Kelab Debat Bahasa Arab UPSI.

Walaupun masa yang terhad, lawatan ini memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dan saling memahami antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, Teroka Ilmu Maktab Mahmud Merbok ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi ini adalah langkah yang positif dalam memperluaskan jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi pendidikan ini.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)