Pihak Pengurusan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) bergambar bersama delegasi dari Universitas Mataram, Indonesia

Oleh: Intan Farahana Abdul Rani

Tanjong Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dimeriahkan dengan kehadiran delegasi dari Universitas Mataram, Indonesia pada 2 Julai. Lawatan ini merupakan inisiatif untuk mengeksplorasi fasiliti dan perkhidmatan di TASKA dan TADIKA NCDRC serta memperkukuhkan kerjasama antara kedua institusi dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Sebagai pusat penyelidikan terkemuka di Malaysia, NCDRC dikenali atas kesan positifnya dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak. Pusat ini berfokus pada perkembangan kanak-kanak secara holistik memainkan peranan penting dalam menyokong sektor ini di peringkat kebangsaan.

Lawatan oleh Universitas Mataram adalah bagi melihat secara terperinci infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan di TASKA dan TADIKA NCDRC, termasuk pengurusan harian serta pendekatan pengajaran. Selain itu, perancangan kerjasama lintas negaramelibatkan penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak antara Universitas Mataram dan NCDRC juga merupakan agenda lawatan ini.

Rangkaian lawatan adalah melibatkan pengenalan terhadap NCDRC dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak serta lawatan ke TASKA dan TADIKA bagi perkongsian pendekatan pendidikan yang diamalkan. Sesi perbincangan kolaborasi melibatkan Pengarah dan barisan pengurusan NCDRC turut berjalan untuk mengeksplorasi potensi kolaborasi dalam penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Lawatan ini diharapkan akan memperkukuhkan hubungan antara Universitas Mataram dan NCDRC serta menyumbang kepada peningkatan pemahaman mengenai praktik terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dengan kolaborasi yang lebih erat, diharapkan dapat tercipta penyelidikan yang lebih mendalam dalam mendukung pembangunan kanak-kanak di kedua-dua negara.

Kedatangan Universitas Mataram ke NCDRC adalah langkah penting dalam meningkatkan kerjasama lintas negara dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Inisiatif ini adalah sebagai langkah awal bagi melonjak nama NCDRC dalam bidang perkembangan pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak negara.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)