Oleh: Fakhri Zaim Pauzi dan Bazli Razak
TANJONG MALIM: Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas (PM2PK) buat julung kalinya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan yang berlangsung pada 3 Julai 2024 bertempat di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.
Program MAKAT10 anjuran Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa PM2PK dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas merupakan program yang meraikan pencapaian mahasiswa AT10 yang berjaya mendapat prestasi yang cemerlang pada Semester 1 Sesi 2023/2024.
Turut diadakan persembahan nyanyian bahasa isyarat daripada pelajar AT10 dan Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan yang diadakan untuk menghargai jasa guru-guru di UPSI.
Majlis dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPSI, Prof. Dr. Abdul Rahim Razali. Turut hadir sama Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Fakulti Pembangunan Manusia, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan, Ketua Jabatan Pendidikan Khas, Dr Kway Eng Hock, Penasihat PM2PK, Dr. Vestly Kong Liang Soon, dan pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Khas yang turut serta memeriahkan majlis.
Selain itu, majlis dimeriahkan lagi oleh penerima-penerima Anugerah Dekan terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi daripada Jabatan Pendidikan Khas seramai 273 orang.
Terdapat 5 kategori Anugerah Dekan yang diberi, bermula dari PNGK 3.50 hingga 3.59, 3.60 hingga 3.69, 3.70 hingga 3.79, 3.80 hingga 3.89, dan kategori PNGK 3.90 hingga 4.00.
Anugerah diberikan kepada mahasiswa-mahasiswi bermula dari Semester 2 sehingga Semester 7.
Empat kategori Anugerah Khas iaitu Anugerah Permata Harapan, Anugerah Akademik, Anugerah Kokurikulum dan Anugerah Ikon Pendidikan Khas turut dipertandingkan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas UPSI dan kepada semua penerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan AT10.
Semoga mahasiswa terus dapat mengekalkan pencapaian yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik namun juga dalam sukan, serta mengharumkan nama Jabatan Pendidikan Khas pada masa akan datang.
Antara pemenang Anugerah Khas adalah seperti berikut; Nur Aesya Humairah Mohd Azizi; Natasya Alya Mamat; Pollie Lim Poh Yue; Pollie Lim Poh Yue; Je Techla Ellite Welfred; Nur Irdina Amani Mohd Ridzwan; Norhakimi Raming; Nur Kamilia Zulaikha Mohd Karizam; Norfarhana Supahat; Muhammad Arif Izwan Jawadi dan Nurul Jannah Abdul Rahim
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas UPSI dan kepada semua penerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan AT10.
Semoga mahasiswa terus dapat mengekalkan pencapaian yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik namun juga dalam sukan, serta mengharumkan nama Jabatan Pendidikan Khas pada masa akan datang.