Oleh: Ahmad Muizzuddin Safian

Tanjong Malim, 6 Ogos 2024 — Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan bengkel bertajuk SIM-MOOC@UPSI, yang berlangsung selama sehari di Bilik Seminar Aminuddin Baki, FPM.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada para pensyarah iaitu pembangun kursus MOOC mengenai cara penyediaan SIM yang berkesan.

Seterusnya menyokong usaha IPS dalam merealisasikan hasrat penawaran program secara ODL dan secara tidak langsung dapat meningkatkan bilangan pelajar pasca siswazah di UPSI.

Bengkel melibatkan pelbagai sesi yang meliputi teori dan praktikal mengenai penggunaan sistem SIM-MOOC dalam konteks pendidikan tinggi.

Penceramah jemputan adalah Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, JPT, Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden Yusof berkongsi pengalaman dan strategi untuk membangunkan kursus dalam talian yang berkesan.

Bengkel yang dihadiri oleh para akademik dan penyelidik dan dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Dekan (Kemasukan & Pengkuliahan) IPS, Prof. Madya. Dr. Hartini binti Jaafar.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan para pensyarah dalam usaha IPS untuk membangunkan kurus MOOC dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

“Pendidikan abad ke-21 memerlukan pendekatan yang lebih fleksibel dan inovatif. Dengan bengkel ini, kami berharap dapat memanfaatkan potensi MOOC untuk menjadikan pengajaran lebih interaktif dan bermanfaat kepada para pelajar nanti,” ujar beliau.

Peserta bengkel berpeluang untuk mengikut latihan hands-on dan berbincang mengenai cabaran serta peluang dalam implementasi teknologi ini dalam kurikulum mereka.

“Sesi praktikal ini sangat berguna, kerana ia memberi kami pendedahan yang diperlukan untuk memanfaatkan platform MOOC dalam pengajaran kami.

Kami kini lebih yakin untuk meneroka penggunaan teknologi ini dalam kursus-kursus yang kami ajar,” kata salah seorang peserta.

Bengkel SIM-MOOC@UPSI ini juga menyediakan platform untuk peserta bertukar-tukar idea dan pengalaman, serta membina jaringan profesional di kalangan pengamal pendidikan tinggi.

Kegiatan ini menunjukkan komitmen UPSI terhadap inovasi dalam pendidikan dan usaha berterusan untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi melalui penggunaan teknologi terkini.

Bengkel ini diharapkan menjadi langkah awal dalam memajukan lagi penggunaan teknologi pendidikan di UPSI, dan seterusnya mengukuhkan kedudukan universiti sebagai peneraju dalam inovasi pendidikan di negara ini.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)