Lenggong, Perak – 3 Ogos. Seramai 11 orang wakil Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh bersama dengan institusi pengajian tinggi yang lain seperti UiTM Tapah, UITM Seri Iskandar, Politeknik Ungku Omar dan Kolej Komuniti Sungai Siput telah berpeluang untuk menghadiri program ‘HERITAGE AND PATRIOTIC TOURISM FESTIVAL LENGGONG PERAK 2024’ yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 2 ogos hingga 4 ogos yang bertempat di Amazing Camp Legacy (veteran VAT69) Lenggong, Perak.

Program ini merupakan inisiatif penting dalam usaha kita untuk mengenali dan menghargai warisan serta semangat patriotisme negara. Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak yang sudi merasmikan program ini pada 3 Ogos 2024 di Dewan Merdeka Lenggong. Kehadiran beliau menunjukkan sokongan padu kerajaan negeri terhadap usaha memupuk cinta akan tanah air dalam kalangan generasi muda.

“Daerah Lenggong dipilih sebagai lokasi di negeri ini yang sememangnya kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Menerusi program ‘Heritage and Patriotic Tourism Festival Lenggong 2024’ membuka lembaran baharu dalam mempromosikan produk pelancongan di negeri ini. Pelancaran ini juga berupaya mempertengahkan potensi unit Lenggong sebagai destinasi yang menggabungkab pembelajaran sejarah dan memupuk semangat patriotisme. penganjuran program ini tepat pada masanya sebagai pembuka tirai sambutan bulan kemerdekaan negara malah ianya sangat significant dalam konteks patriotisme dan jati diri bangsa ” kata YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad.

Bukan itu sahaja, pada 4 Ogos 2024 merupakan majlis perasmian penutup yang dirasmikan oleh Majlis Daerah Lenggong. Beliau menyampaikan kata-kata yang penuh makna dan dorongan supaya generasi kini lebih buka mata soal kepentingan warisan dan sejarah yang patut kita hargai. Beliau juga mengingatkan kita akan nilai-nilai dan pelajaran berharga yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu. Dengan setiap perkataan, beliau berjaya menyemarakkan rasa cinta dan penghargaan terhadap warisan kita, serta membakar semangat kita untuk terus menjaga dan memperkaya sejarah yang kita miliki.  

Akhir kalam, program “Heritage and Patriotic Tourism Festival Lenggong 2024” telah memberikan pelbagai impak kepada belia yang akan datang dengan peningkatan kesedaran Sejarah dan pelestarian warisan budaya hingga kepada pengukuhan nilai-nilai patriotic. Dengan menyertai program ini kita bukan Sahaja dapat mengekalkan kekayaan warisan negara, tetapi juga membina belia yang akan datang yang lebih berpengetahuan, berjati diri dan bersemangat patriotic. Dengan adanya program ini, kita dapat memastikan bahawa identiti dan nilai-nilai kebangsaaan akan terus diwarisi dan dihormati oleh generasi seterusnya.