Oleh: Mohammad Rezuan Tahir

Tanjong Malim, 16 September 2024 – Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) menganjurkan webinar umum bertajuk ‘Antara Realiti dan Retorik dalam Malaysia Hari Ini’

Webinar yang berlangsung secara maya ini bukan sahaja mampu menyampaikan pengetahuan tentang perjuangan kemerdekaan bahkan juga sekaligus meningkatkan lagi jiwa merdeka dalam diri setiap anak watan di Malaysia yang telah merdeka selama lebih enam dekad.

Pada yang masa, webinar ini bertujuan memperkukuh kesedaran rakyat tentang nilai dan semangat perjuangan kemerdekaan, serta mengupas cabaran semasa yang dihadapi oleh negara pasca-kemerdekaan.

Program ini dikelola oleh Pengarah Program, Nur Asyikin Azizan, yang berperanan besar dalam merancang dan menyusun atur perjalanan webinar.

Nur Asyikin Azizan selaku Pengarah Program memberikan ucaptamanya.

Dengan penglibatan pelbagai pihak, program ini berjaya menarik perhatian ramai rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda, untuk memahami erti sebenar kemerdekaan dalam konteks Malaysia hari ini.

Webinar ini juga telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Fakulti Sains Kemanusiaan, Dr. Abu Zarrin Selamat.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, FSK, Dr. Abu Zarrin Selamat, merasmikan program webinar yang dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam ucapannya, beliau menekankan menghayati dan menjiwai erti kemerdekaan selama 62 tahun Malaysia merdeka daripada jajahan luar.

Dengan adanya program yang tidak kira secara ataupun fizikal yang paling penting sekali ialah dampak dan impaknya kepada penonton dan pendengar dalam menghayati konteks kemerdekaan itu sendiri.

Beliau juga turut bersetuju dengan hujah panel yang pertama iaitu Prof Dr. Zaid Ahmad dimana tidak salah untuk kita meraikan elemen-elemen yang lama dan bersifat konvensional dengan menyuntik elemen modenisasi justeru harus ada garis panduan dan tatacara agar tidak menyimpang jauh daripada asal.

Dr. Zaid Ahmad, memberikan hujahan yang penuh dengan ideologi

Oleh itu, perlunya ada elemen penghayatan dan menjiwai erti kemerdekaan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu.

Webinar ini dianjurkan dengan beberapa objektif utama, antaranya ialah menyegarkan ingatan tentang sejarah kemerdekaan, dimana para peserta diberikan pemahaman mendalam mengenai perjuangan kemerdekaan Malaysia serta pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu.

Selain itu, webinar ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dengan menyemai rasa cinta dan bangga kepada tanah air dalam kalangan peserta, khususnya generasi muda.

Seterusnya, ia juga menjadi platform untuk membincangkan isu-isu semasa khususnya cabaran yang dihadapi negara dalam mengekalkan perpaduan dan pembangunan selepas lebih 60 tahun mencapai kemerdekaan.

Bagi mencapai matlamat program, beberapa panel hebat dijemput untuk berkongsi ilmu dan pandangan mereka antaranya ialah Prof. Dr. Zaid Ahmad daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang Felo Penyelidik Utama, Institusi Islam Hadhari, yang memberi pencerahan tentang realiti perjuangan kemerdekaan.

Panel kedua, Dr. Suffian Mansor, seorang pensyarah pusat pengajian sejarah politik dan strategi yang turut dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang memberi kupasan mendalam mengenai perpaduan nasional dan cabaran pasca-kemerdekaan.

Dr. Suffian yang memberikan gambaran tentang perbezaan zaman kini dan dahulu dalam konteks meraikan kemerdekaan serta mengupas isu-isu daripada soalan yang diberikan oleh moderator.

Panel yang ketiga, Dr. Abdul Rahman Mad Ali@Abang daripada Universiti Sains Malaysia (USM), seorang pensyarah bahagian sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, yang mengupas peranan budaya dalam menyatukan rakyat Malaysia selepas kemerdekaan.

Abdul Rahman Mad Ali@Abang memberikan pendekatan beliau dalam menyampaikan hujah berdasarkan soalan daripada penonton.

Panel-panel ini membawakan perspektif yang pelbagai tentang kemerdekaan, dari segi sejarah, politik, dan sosial, menjadikan webinar ini lebih komprehensif dan bermakna.

Program ini dikendalikan dengan begitu profesional dan dinamik oleh dua figura hebat.

Pengacara majlis, Kamanilammazura Amran, memulakan program dengan penuh yakin dan jelas, mengatur perjalanan majlis dengan lancar.

Nur Adila Munshi selaku moderator mengulas hujah yang disampaikan oleh panel.

Sementara itu, moderator Nor Adila Munshi berjaya mengendalikan sesi diskusi dengan tenang dan petah berkata-kata, memastikan perbincangan panel berjalan dengan lancar dan menarik.

Kepetahan mereka dalam mengatur kata dan mengawal suasana majlis telah memberi kesan positif kepada peserta webinar.

Webinar ini menekankan bahawa kemerdekaan Malaysia bukan sekadar satu peristiwa sejarah yang berlalu, tetapi ia adalah satu perjuangan berterusan.

Prof. Dr. Zaid Ahmad menekankan semangat kemerdekaan kadangkala hanya tinggal sebagai satu retorik yang sering diulang dalam program-program rasmi.

Namun, beliau menegaskan keperluan untuk membawa semangat ini keluar dari retorik kepada tindakan nyata, terutamanya dalam menangani isu-isu sensitif seperti perpaduan kaum dan politik perkauman yang masih membelenggu negara.

Ia dikatakan demikian kerana adanya antara penjelmaan dengan mendepani realiti dan antara idealisme dengan realisme dan antara teori dengan praktikal.

Sebaliknya, Dr. Suffian Mansor menegaskan bahawa betapa pentingnya memahami bahawa kemerdekaan bukan sekadar kebebasan dari penjajah, tetapi juga tentang membina sebuah negara yang berdaulat, adil dan makmur.

Sesi soal jawab dijalankan bagi menjawab segala persoalan yang belenggu dibenak pemikiran para peserta.

Beliau menyentuh tentang perjuangan menuntut hak yang masih relevan dalam konteks semasa, seperti isu ketidaksamaan ekonomi dan cabaran perpaduan.

Dr. Abdul Rahman Mad Ali@Abang pula mengetengahkan perbezaan antara realiti dan retorik dalam perjuangan kemerdekaan.

Menurutnya, rakyat Malaysia hari ini perlu lebih kritikal dalam memahami makna kemerdekaan, terutamanya dalam menghadapi cabaran globalisasi dan perubahan sosial yang cepat.

Beliau juga menyeru agar semangat kemerdekaan tidak hanya dibicarakan dalam ruang lingkup sejarah, tetapi diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Secara keseluruhannya, Program Webinar Kemerdekaan: Antara Realiti dan Retorik dalam Malaysia Hari Ini berjaya membuka ruang untuk perbincangan yang mendalam mengenai erti sebenar kemerdekaan.

Dengan kehadiran panel-panel yang hebat serta pengendalian majlis yang profesional, program ini memberikan impak yang besar dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menyemai semangat patriotisme yang tulen dan tidak terperangkap dalam retorik semata-mata.

Program ini juga menekankan bahawa perjuangan kemerdekaan adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen daripada semua lapisan masyarakat, demi membina Malaysia yang lebih baik dan bersatu padu.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)