Oleh: Munawarah Saharani
Kuala Lumpur, 25 September – Bahagian Audit Dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengauditan Pengurusan Kontrak Penyelenggaraan Bangunan pada 23 hingga 25 September 2024 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Kursus ini telah dirasmikan oleh En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku wakil Pengurusan Tertinggi UPSI. Turut hadir dalam kursus ini ialah Ketua Audit Dalam UPSI, En. Hanafi Junit dan juga Pengarah Program Pn. Munawarah Saharani
Seramai 85 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Dalam Negeri, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Perbadanan Pejabat Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Tourism Pahang), Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MARDI, MAIWP, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Majlis-majlis Bandaraya dan Perbandaran, Swinburne University of Technology, Universiti-universiti Awam dan lain-lain. Peserta-peserta ini terdiri dari kalangan kakitangan di dalam bidang audit, kewangan, kejuruteraan dan perundangan.
Tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan Kemahiran peserta dalam bidang pengauditan. Selain itu ia juga dapat memberi pendedahan terhadap isu-isi penyelenggaraan bangunan serta membri maklumn kepada peserta mengenai garis panduan, peraturan dan prosedur terkini.
Secara tidak langsung penganjuran kursus ini juga merupakan salah satu program penjanaan PTj bagi menyokong sedikit usaha-usaha melestarikan kewangan universiti bagi menempuh cabaran pada masa hadapan.
Pengisian kursus ini telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman iaitu Pn. Noor Azizah binti Majid dari Jabatan Kerja Raya Malaysia dan En. Sameri bin Abdullah daripada Bahagian Audit Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia dan dibantu oleh En. Muhammad Husaini bin Hanapi selaku fasilitator.