Disediakan oleh: Ophelia Amirrudin
Tanjong Malim, 14 Disember: Delegasi dari Universiti Prince of Songkhla (PSU) telah berkunjung pada 14 November 2024 ke Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan disambut baik oleh Dekan Profesor Madya Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim dan pihak pengurusan FPM dengan tujuan menjalinkan hubungan antarabangsa dengan FPM dan berbincang untuk menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara dua universiti.
Terdapat sesi pengenalan antara university-universiti untuk lebih mengenali sejarah dan latar belakang university masing-masing. Lawatan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi.Pihak Universiti Prince Of Songkhla yang diwakili oleh Dr Mee Chai telah menjemput FPM, UPSI untuk menyertai Pertandingan Mengajar Antarabangsa yang akan diadakan pada tahun 2025.
Pertandingan ini bertujuan untuk mempromosikan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan institusi pendidikan tinggi. Penyertaan pelajar UPSI dalam pertandingan antarabangsa akan memberikan peluang untuk mendapatkan pengalaman global dan meningkatkan kemahiran mereka.
Kedua-dua pihak menyatakan optimisme terhadap kerjasama ini, percaya bahawa ia akan membawa impak positif kepada pembangunan akademik dan sosial di kedua-dua institusi. UPSI dan PSU merancang untuk mementerai perjanjian kerjasama MoU dan berharap perjanjian ini dapat dilaksanakan dengan segera dan memberi manfaat jangka panjang bagi pelajar dan pensyarah lawatan ini.