Oleh: Nurul Aidai Mohamed Adam

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Seramai 120 pelajar UPSI telah meraih peluang dalam program rekrutmen bersama MOHE dan British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC). Program ini menyediakan ruang jaringan eksklusif dengan syarikat-syarikat antarabangsa untuk para pelajar, diterajui oleh Enoch See Yao Jian, Haris Haikal Jamaluddin dan Muhammad Fadli Syahmi Rosli.

Pameran kerjaya yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menyaksikan penyertaan lebih daripada 25 syarikat terkemuka British di Malaysia yang menawarkan lebih 300 peluang pekerjaan kepada graduan, termasuklah skim latihan siswazah.

Sesi bual bicara bersama wakil industri membincangkan isu pembangunan kerjaya, dan cadangan dari pihak institusi serta inspirasi untuk membimbing pelajar menghadapi dunia kerja yang mencabar.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah merasmikan pameran kerjaya MOHE-British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) Recruitment Drive 2024 yang bertujuan meningkatkan peluang kerjaya untuk graduan tempatan.

Teks ucapan YB Menteri telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Inisiatif ini membuktikan komitmen melahirkan pemimpin berdaya saing yang mampu membawa Malaysia ke persada antarabangsa. Semoga usaha ini terus mengangkat kerjaya belia negara.