NILAI, 3 November – Seramai 40 pelajar UPSI telah meraih peluang dalam program Karnival Kerjaya USIM ‘Careerplus Myfuturejobs Negeri Sembilan 2024’.

Program ini menyediakan ruang networking ekslusif dengan pelbagai agensi. sesi temuduga bersama majikan, Taklimat dari Perkeso, Gerai jualan dan kaunter kerjaya. Bukan itu sahaja, terdapat juga dialog majikan dan pekerja yang membincangkan isu pembangunan kerjaya, dan cadangan dari pihak institusi serta inspirasi untuk membimbing pelajar menghadapi dunia kerja yang mencabar.

Lawatan yang diterajui oleh Abid Shahir ini membuktikan komitmen melahirkan pemimpin berdaya saing pada masa hadapan. Semoga usaha ini terus mengangkat kerjaya belia negara.