Oleh: Cik Nurul Aida Mohamed Adam
TANJONG MALIM, 12 November 2024 – Penganjuran Program Minggu Upskilling 2024 Fasa 1 oleh Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) berlangsung pada 6 hingga 12 November dengan jayanya melalui platform Google Meet.
Penganjuran Program Minggu Upskilling 2024 Fasa 1 pada kali ini adalah sebagai satu inisiatif EDGE untuk memberikan pendedahan yang jelas kepada mahasiswa serta graduan yang sedang mencari pekerjaan atau yang ingin merancang perjalanan kerjaya.
Pihak EDGE mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kepada mahasiswa berkaitan Klinik Resume, Webinar Persediaan Menghadapi Temuduga, Webinar Peluang dan Cabaran Menyambung Pengajian/ bekerja di Luar Negara dan Mock Interview Bersama dengan panel terpilih dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sendiri.
Program ini telah menampilkan panel panel yang luar biasa hebat dan mahir dalam bidang masing-masing.
Antaranya ialah Penasihat Akademik di Universiti of Birmigham, Dr Afiqah Abdul Rahman, Panel penceramah dari Teach For Malaysia dan empat Perunding Resume dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI. Manakala bagi Mock Interview, seramai 15 pensyarah dari UPSI telah dijemput untuk menjadi panel penemuduga.
Kerjasama dan maklumbalas dari graduan amatlah memberangsangkan sepanjang program ini berlangsung dan dimana kaedah yang digunakan dalam setiap slot adalah interaksi dua hala dan hands-on.
Panel juga menyatakan sekiranya penganjuran program ini lebih kerap dijalankan dan semakin ramai pelajar UPSI yang akan terlibat kerana pengalaman ini dapat membantu pelajar dan graduan untuk beradaptasi dan membuat persediaan awal ke alam pekerjaan sebenar.