Oleh: PM Dr. Siti Rahaimah binti Ali

Pertandingan di World Youth STEM Invention Innovation anjuran bersama Universitas Negeri Medan dan Malaysia Young Scientists Organisation(MYSO) telah mendapat pengiktirafan the Malaysia book of Records. Ia berlangsung di Sinabung hill Berastagi Medan, Indonesia pada 23 hingga 27hb Februari 2025 mampu melonjakkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana membawa pulang empat anugerah tertinggi. Pertandingan ini disertai oleh 280 projek inovasi  dari pelbagai negara seperti Itali, Thailand, Filipina, Malaysia, Indonesia, Kazakhstan, Romania,Nepal dan Bosnia and Herzagovania.

Penganjuran program bertaraf antarabangsa ini bertujuan mempromosikan bidang STEM serta amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran serta bidang pengurusan strategik organisasi. UPSI mengondol empat anugerah iaitu anugerah Top 10 WYSII International leadership, UPSI diwakili oleh Profesor Madya Dr. Siti Rahaimah binti Ali daripada Fakulti Pembangunan Manusia. Bagi kategori inovasi, Profesor Madya Dr. Siti Rahaimah binti Ali (ketua) bersama ahli kumpulan yang terdiri Profesor Madya Dr. Norwaliza binti Abdul Wahab, En Abu Bakar bin Yusuf dan Puan Syaheela Atikah binti Hashmi, mendapat anugerah Diamond, anugerah Emas dan anugerah Top 5 dalam inovasi. Inovasi yang dibawa oleh wakil UPSI  bertajuk E-Lounia: Gamifying STEM Concepts using Numeracy Understanding Model in Arithmetic for Primary School.