Oleh: Thivya Arumugam, Mahzuz Irfan dan Anis Farhana

Tanjung Malim, 22 Februari 2025– Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2024/2025 telah mengadakan satu bengkel atau dikenali sebagai Bijak Kewangan, Pintar Protokol : Seni Mengurus Profesionalisme.

Program ini dianjurkan bagi meluaskan pengetahuan tentang pengurusan kewangan dan pengurusan protokol majlis.

Di samping itu, program ini juga membantu MMK KAB dalam merancang perbelanjaan dan pendapatan untuk memastikan kewangan kolej dalam keadaan seimbang.

Dua orang panel jemputan yang professional telah dijemput iaitu Encik Abdullah Annas Mohammad dan Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Mohamed Ridzuan bagi berkongsikan pengetahuan berkaitan kewangan dan protokol.

Program Bengkel Bijak Kewangan, Pintar Protokol ini telah dihadiri oleh barisan Felo, 36 orang Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki yang telah menyertai bengkel bijak kewanga, pintar protokol ini yang dilaksanakan pada 22 Februari 2024.

Program Bijak Kewangan, Pintar Protokol ini dimulai dari jam 9:00 pagi di Dewan Kuliah Pusat 10 dengan sesi pendaftaran peserta. Program ini dilaksanakan dengan dua sesi iaitu sesi pertama ialah perkongsian berkaitan kewangan dan sesi kedua ialah perkongsian berkaitan protokol oleh 2 orang panel jemputan.

Sesi pertama dimulakan dengan sesi perkongsian berkaitan kewangan yang disampaikan oleh Encik Abdullah Annas Mohammad dan kemudiannya diikuti dengan latihan praktikal yang memberi ruang kepada peserta untuk mengasah minda berkaitan kewangan.

Sesi kedua pula diteruskan dengan sesi perkongsian berkaitan protokol oleh Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Mohamed Ridzuan.

Sesi ini membolehkan peserta berlatih berkaitan aturcara protokol dalam majlis sebenar dan memahami cabaran yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa protokol terutamanya dalam majlis yang melibatkan pihak istana.

Adalah menjadi harapan agar program bengkel ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi impak positif kepada peserta dari sudut kemahiran kewangan dan protokol.

Kami berharap inisiatif ini dapat diteruskan pada masa hadapan, memberi peluang lebih ramai individu untuk memperkasa diri mereka dan menjadi platform yang efektif serta memberikan manfaat yang berpanjangan kepada semua yang terlibat.