Oleh: Fayyadhatul Alyaa Ahmad Misnun
Tanjong Malim, 27 Februari 2025– Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Bahagian Pengangkutan UPSI telah memulakan Siri Jelajah Kaunselor- Counselor on Wheel bagi tahun 2025 dengan membuat Ujian Saringan kesihatan mental kepada semua kakitangan MDTM. Untuk saringan kali ini, Pusat Kaunseling UPSI menggunakan ujian Depression, Anxiety, Stress Skill (DASS 21) ke atas semua kakitangan MDTM yang dilakukan selama dua hari iaitu pada hari Selasa 25 Februari 2025 dan Khamis 27 Februari 2025.


petang hari pertama


Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai kesejahteraan mental dan kepentingan untuk mengamalkan gaya hidup positif. Dalam siri pertama, 150 orang kakitangan MDTM telah berjaya menjalani saringan dan selebihnya menghadiri pada siri kedua. Ujian ini terdiri daripada 21 soalan yang bertujuan menilai tahap emosi dan keadaan mental seseorang. Menurut Ahmad Shazwi selaku penyelaras, program saringan ini tidak hanya untuk mengenal pasti kesihatan mental, malah ianya sebagai Langkah awal bagi membantu kakitangan dalam menguruskan tekanan, kebimbangan dan kemurungan untuk menjaga emosi mereka. Ujian ini membantu mereka menyedari betapa pentingnya menjaga kesejahteraan mental mereka dalam menghadapi tuntutan kerja harian. Bagi sesetengah individu, ia mungkin menjadi titik permulaan untuk mendapatkan kaunseling atau sokongan psikologi yang lebih mendalam bagi yang memerlukan.
Menurut (YDP) MDTM, Mohd Ikram Ahmad, antara cabaran dalam dunia pekerjaan adalah untuk menjaga kesihatan mental dan ia merupakan isu terbesar yang perlu diatasi oleh semua organisasi pada abad ini. Melalui saringan ini beliau dapat melihat sendiri keputusan kesihatan mental kakitangan anak buah bagi membantu untuk membuat saringan yang seterusnya. Program ini juga dapat membetulkan persepsi awam mengenai berjumpa dengan pakar adalah bukan satu benda negatif tetapi ianya adalah untuk menambah baik mental sama ada secara peribadi atau dapat membetulkan kualiti pekerjaan MDTM berharap dapat memupuk budaya kesihatan mental yang lebih positif di tempat kerja, mengurangkan stigma terhadap masalah mental dan memberi ruang kepada para kakitangan untuk berbincang secara terbuka mengenai isu kesihatan mental tanpa rasa malu. Program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan akan menjadi program tahunan berkala antara MDTM dan Pusat Kaunseling UPSI.