Oleh : Norfadhlin Hidayah Mohamed Saidi

Tanjong Malim, 17 April 2025 – Telah berlangsungnya Perasmian KHAR SOUQ 2.0 yang dikendalikan oleh Exco Ekonomi dan Keusahawanan Koleh Harun Aminurrashid (KHAR) yang bertempat di tapak pesta Kolej Aminuddin Baki (KAB), UPSI dengan sambutan yang sangat baik daripada seluruh warga UPSI dan juga usahawan komuniti Muallim.

Objektif utama pelaksanaan KHAR SOUQ 2.0 adalah kesinambungan daripada KHAR SOUQ 1.0 yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 yang lalu dan tahun 2025 meneruskan lagi legasi program ini dengan memberi peluang dan ruang kepada usahawan yang merupakan daripada kalangan mahasiswa/i UPSI dan juga usahawan seluruh komuniti daerah Muallim bahkan ada juga peniaga yang datangnya dari Kuala Lumpur dan daerah berdekatan.

Melalui penyediaan tapak dengan kadar bayaran yang mampu milik kepada penggerai, para usahawan ini mengambil peluang yang ada untuk menyemarakkkan lagi produk jualan mereka di samping menjana pendapatan dalam bidang keusahawanan.

Program KHAR SOUQ 2.0 ini berlangsung pada setiap hari Khamis bermula jam 4.30 petang sehingga 10 malam, April hingga Jun 2025 bagi memberi peluang kepada warga UPSI terutamanya pelajar mendapatkan keperluan makanan dan pakaian yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Terdapat 10 tapak jualan mahasiswa UPSI dan 30 tapak jualan bagi orang awam dengan menyediakan jualan pelbagai produk makanan, minuman, pakaian dan produk kering yang lain.

Sambutan yang sangat baik daripada seluruh warga UPSI dan juga penduduk sekitar Muallim dalam anggaran 500 yang hadir ke program ini. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk diteruskan lagi pada minggu seterusnya.

Selaku penasihat program KHAR SOUQ 2.0, Puan Norrulkamari Daud bermatlamat agar program ini membantu para usahawan tempatan tidak kira penduduk setempat mahupun mahasiswa/i UPSI bagi melestarikan semangat keusahawanan mereka dalam menyediakan keperluan makanan yang pelbagai variasi terutamanya kepada penghuni kolej kediaman UPSI.

Manakala pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr Che Anuar Che Abdullah juga berkesempatan hadir ke program ini untuk sama-sama menyokong para usahawan yang berniaga dengan menyinggah gerai-gerai sekitar tapak jualan dengan bertemu dan beramah mesra dengan para peniaga dan AJK Pelaksana program.

Menurut saudari Afrina Wafa selaku Exco Ekonomi dan Keusahawanan merangkap pengarah pogram KHAR SOUQ 2.0 ini, diharapkan agar program ini menjadi medan utama kepada usahawan untuk menjana pendapatan yang lebih baik mengikut cara atau inisiatif sendiri dan konsisten berniaga pada setiap Khamis tanpa cuti.

Tambahan, pelajar juga mudah untuk mendapatkan keperluan makanan yang bervariasi selain daripada apa yang dijual di kafe kolej kediaman.

Diharapkan program KHAR SOUQ ini dapat melahirkan usahawan muda dan menyemarakkan lagi semangat keusahawanan di samping memupuk minat dalam urusan jual beli.

 

Pelaksanaan program keusahawanan ini mencapai objektif dengan sangat baik kerana produk jualan laris dijual dan aktiviti jual beli tamat jam 9 malam selain memastikan aspek kebersihan sekitar tapak program berada dalam keadaan baik.

Selain itu, mahasiswa/i yang merupakan ahli jawatankuasa pelaksana program juga dapat mengasah kemahiran pengurusan acara dan menimba pengalaman yang lebih baik.

Segala kekurangan yang diusulkan peniaga akan ditambahbaik oleh pihak penganjur dalam memastikan semua pihak berpuasa hati dan memastikan kelancaran program untuk minggu-minggu yang akan datang.