Oleh: NUR FATIN NAJWA MUHAMAD NUR EFENDI

Tanjong Malim, 19 April 2025 – Persatuan Bimbingan dan Kaunseling (KASIH) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA International) dan Young Counseling Scholars (YCS) telah menganjurkan sebuah program yang melibatkan semua pelajar kaunseling termasuk barisan kaunselor profesional.

Program ini diadakan bagi membina hubungan baik antara mahasiswa/i kaunseling di seluruh IPTA/ IPTS dan IPGM sambil menyediakan platform untuk pakar dalam bidang kaunseling menyampaikan ucaptama dan forum berkenaan isu semasa tentang peranan kaunselor pada masa ini.

Symposium ini diadakan di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dengan penyertaan dari beberapa buah IPT luar termasuk dari Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM).

Tema bagi symposium ini ialah Mental Health in Motion : Counselor Leading the Change.

Slot Forum Mental Health Motion : Counselor Leading The Change
Slot Ucaptama 2

Program ini bertujuan bagi memupuk peribadi unggul dalam kalangan ahli Young Counseling Scholars (YCS) kerana matlamat utama tema symposium ini mengangkat peranan kaunselor dalam dunia moden disamping meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap kesihatan mental dengan menyediakan sumber, pendidikan, dan perkhidmatan yang membantu individu mengurus tekanan, kebimbangan, dan kesejahteraan emosi.

Program ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang tingginya komitmen sebagai kaunselor dalam membentuk nilai moral dan sahsiah terunggul dalam kalangan pelajar, masyarakat dan negara.

Lawatan sekitar UPSI bersama pelajar UIAM, UM dan IPGKRM

“Apabila bercerita tentang kesihatan mental, ia satu isu yang semua orang ada sama ada sedikit atau besar, setiap orang ada masalah.

“Tetapi bagaimana kita mahu menangani, itu yang paling penting. Penting untuk kita terapkan kerana bukan semua orang boleh tangani masalah dengan bantuan orang lain”, ujar Profesor Madya Dr. Abdul Halim Masnan

“Perlu diingat dalam pendidikan ini, kita sentiasa berhadapan dengan cabaran terutamanya dalam kalangan Gen Z dan Alpha.

“Saya berharap dengan adanya program seperti ini, kita akan menjadi duta. Kita kena jadi seorang yang membantu orang lain. Itu niat yang perlu ada pada semua orang. 

“Jika kita rasa sudah boleh bantu diri sendiri, kita juga perlu membantu orang lain kerana itu antara tarbiah yang perlu ada dalam diri dan kehidupan setiap manusia,” tambahnya lagi.

Penasihat Persatuan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Dr. Pau Kee dalam ucapannya menyatakan, “Tema kali ini adalah berkaitan dengan kesihatan mental. Mental Health in Motion : Counselor Leading The Change, tajuk ini amat sesuai kerana selari dengan apa yang sedang dialami sekarang terutamanya berkaitan dengan kesihatan mental. Mental Health akan berubah, tetapi the same thing for the counsellor role, kita kena ikut perkembangan semasa,” katanya.

National Symposium 2.0 ini bukan siri yang pertama, last year UPSI telah menganjurkan siri pertama. So, inilah salah satu platform yang bagus untuk kita bertukar ilmu pengetahuan dan juga kita berkongsi apa yang kita belajar sebenarnya,” tambahnya lagi.

Penasihat Young Counseling Scholars (YCS), Profesor Madya Dr. Aslina binti Ahmad berkata kaunselor adalah jambatan kepada harapan, keselamatan dan juga transformasi.

Pegawai Psikologi Hospital Bahagia Ulu Kinta, Encik Lee Boon Hock berkata, External  factors is important to big grow. As a counselor you need to enjoy the process, results kita tidak tahu.

Terdapat dua slot ucaptama semasa berlangsungnya symposium ini dimana ucaptama pertama disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Aslina Ahmad, Ikon Kaunselor Berdaftar yang bertajuk ‘Bridging Gaps In Mental Health : Profesional Counselor’ dan ucaptama kedua disampaikan oleh Encik Lee Boon Hock, Pegawai Psikologi, Hospital Bahagia Ulu Kinta yang bertajuk ‘From Pressure To Progress : Resiliency Building For Counselor’.

Seterusnya, program diteruskan dengan perkongsian forum Mental Health in Motion: Counselor Leading the Change dari dua orang panel iaitu Dr. Pau Kee, pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling merangkap Penasihat KASIH sidang 2024/2025 dan saudara Jeremiah Lucas Jugo Anak David, Presiden Young Counseling Scholars (YCS) merangkap pelajar IPGKRM.

Kemuncak aktiviti dalam symposium ini ialah jamuan raya YCS bersama barisan kaunselor dan pegawai profesional serta pelajar-pelajar bimbingan dan kaunseling disamping terdapat aktiviti selingan lain iaitu cabutan bertuah.

Semasa Majlis Perasmian Program, majlis ini turut dihadiri oleh Lt. Kol. Siti Normiah Marzuki, Eksekutif PERKAMA International, Profesor Madya Dr. Aslina Ahmad, Penasihat Young Counseling Scholars (YCS), Encik Lee Boon Hock, Pegawai Psikologi Hospital Bahagia Ulu Kinta, Puan Rozalina Ab. Halim dan Puan Khairinfariza Kamarul Bahrin, Pensyarah Kaunseling IPGKRM, Dr. Pau Kee, Penasihat KASIH sidang 2024/2025, Encik Taquddin Abd Mukti, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Jeremiah Lucas Jugo David, Presiden Young Counseling Scholars (YCS) dan Shivendren Selvakumar, Yang Di-Pertua Persatuan Bimbingan dan Kaunseling UPSI sidang 2024/2025.

Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Abdul Halim Masnan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.