Sesi fotografi peserta Bersama dengan AJK dan Felo Blok Kediaman Sesi fotografi peserta Bersama dengan AJK dan Felo Blok Kediaman

Oleh: Nurul Syamirah Zamrey           

Tanjung Malim, 3 Jun 2025 – Satu program menarik “Doughnut Touch My Sprinkles – We’re on a Sprinkle Mission” yang dianjurkan oleh Exco Blok Kediaman 4, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program ini berlangsung pada waktu malam bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam bertempat di Dewan Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program yang bertemakan “Mission: sprinkle possible-keep your doughnut” ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Felo Blok 1 Kolej Harun Aminurrashid iaitu Encik Hazman bin Ya’akob.

Turut dihadiri juga felo blok kediaman 3 iaitu Puan Norrulkamari binti Daud dan Felo blok kediaman 6 iaitu Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin yang memberi sokongan kepada AJK Pelaksana.

Selain itu, terdapat juga program yang dianjurkan oleh Exco Blok Kediaman 1 iaitu “Colourful Creations” dan Exco Blok Kediaman 3 iaitu Clayra Kraf.

Program-program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk melepaskan tekanan akademik dan berinteraksi sesama rakan kolej melalui aktiviti kreatif dan santai.

Pelbagai jenis perisa donut yang disediakan
Gambar peserta menunjukkan hasil hiasan donut mereka

Ia juga mendorong perkembangan kreativiti serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Antara aktiviti utama dalam program ini ialah sesi mendekorasi donut mengikut kreativiti sendiri. Para peserta diberi peluang untuk mencipta hiasan donut mereka dengan pelbagai bahan seperti donut yang berperisa coklat, strawberi, matcha serta kopi dan gula warna-warni, dan pelbagai jenis taburan manisan.

Semua bahan dan peralatan disediakan sepenuhnya oleh pihak pelaksana, dan setiap peserta dapat membawa pulang donut hasil ciptaan mereka sendiri sebagai kenang-kenangan.

Program “Doughnut Touch My Sprinkles” ini telah mencapai objektif penganjuran dengan jayanya. Para peserta dilihat sangat teruja dan gembira dengan pengalaman yang diperoleh dengan kreativiti menghias donut masing-masing sepanjang program berlangsung.

Suasana yang ceria yang tercipta sepanjang program ini berlangsung mencerminkan kejayaan usaha pihak penganjur dalam menyediakan aktiviti yang bermakna dan bermanfaat kepada pelajar.

Rata-rata peserta memberikan maklum balas positif dan berharap agar lebih banyak program seumpama ini dianjurkan pada masa akan datang.

Nur Daliana Binti Abd Rahman, Pengarah Program “Doughnut Touch My Sprinkles” mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar program ini dapat menjadi satu medan untuk para peserta untuk mengurangkan tekanan akademik.

Secara keseluruhannya, program “Doughnut Touch My Sprinkles” bukan sahaja memberi ruang kepada pelajar untuk berehat dan bergembira, tetapi juga menjadi platform membina kreativiti dan ukhwah sesama pelajar.

Penganjuran program seperti ini wajar diteruskan sebagai salah satu usaha memperkasakan pembangunan holistik mahasiswa.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pengarah program dan seluruh jawatankuasa pelaksana atas usaha dan komitmen mereka untuk menjayakan program ini.