Oleh: Gelgory Gibun
Petaling Jaya, Selangor, 15 Jun 2025 – Warga emas ialah permata berharga dalam masyarakat yang harus dihargai dan disantuni. Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) Sidang 2024/2025, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama kelab Rehabilitasi Sukan (UPSI) dan Pusat Jagaan Warga Emas telah mengadakan satu program Universal Kindness bersama komuniti warga emas seramai 88 orang.
Program ini bertujuan untuk memberi sokongan holistik kepada golongan warga emas tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan.
Di samping itu, program ini juga membentuk amalan Universal Kindness iaitu, membantu tanpa mengira hubungan dan mewujudkan masyarakat yang penyayang.



Aktiviti yang dirancang juga diharapkan dapat mengurangkan rasa sunyi dan memberi rasa keseronokan kepada golongan warga emas. Melalui pelaksanaan program ini, mahasiswa yang terlibat secara langsung dapat meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi.
Dr. Muhammad Ridhwan Bin Sarifin, Felo Blok Kediaman 6, Selaku Penasihat Program, dalam ucapan perasmian mewakili Pengetua berkata, “Universal Kindness” bukan sekadar nama program, namun ia merupakan simbolik kepada sebuah niat yang murni dan tulus.
Kebaikan sejagat dan senyuman yang kita harapkan terukir pada wajah-wajah warga emas yang dikunjungi, melambangkan kasih sayang, meningkatkan nilai nilai perpaduan masyarakat khususnya mahasiswa/mahasiswi seterusnya menambah nilai kesejahteraan dan keperihatinan dari golongan muda kepada warga emas,” katanya.
“Saya amat berbangga dengan inisiatif para pelajar UPSI yang bukan sahaja menunjukkan kebaikan dan keprihatinan sosial, malah telah merancang aktiviti-aktiviti bermanfaat bagi menceriakan penghuni rumah ini.
Semoga segala interaksi yang berlaku hari ini dapat membawa sinar dan membina kenangan indah buat semua yang terlibat,” tambahnya lagi.
Beberapa aktiviti yang menguji tahap kognitif dan psikomotor warga emas telah dijalankan antaranya, Senamrobik, aktiviti ini mempunyai pelbagai manfaat, dari aspek fizikal, senamrobik membantu meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan lain-lain.
Aktiviti kedua, Letter from Heart, Aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada golongan tersebut, terutamanya dari segi emosi dan sosial. Melalui surat yang diterima, warga emas akan berasa dihargai dan disayangi. Bagi aktiviti akhir, Heart To Heart + Vivid Vision dan Terapi sentuhan.


Menurut Dr. Haji Che Anuar bin Che Abdullah, Pengetua, Kolej Harun Aminurrashid, , “Program lawatan ini merupakan satu platform yang amat bermakna bagi semua ahli yang terlibat untuk membina dan mengasah keterampilan sebagai bakal guru.”
“Anda semua bukan sekadar hadir secara fizikal, tetapi turut membuka hati dan jiwa untuk benar-benar menyelami setiap pengalaman, cerita dan perasaan yang dikongsi oleh warga emas. Setiap interaksi itu membawa makna dan pengajaran yang mendalam.” tambahnya lagi.
Pengarah Program Universal Kindness, Fara Syaheila binti Md Yusoff berkata, “Program ini dapat menyemai nilai kasih sayang dan toleransi antara warga emas dan para pelajar.
Kami percaya bahawa interaksi sebegini bukan sahaja dapat mengubat rindu para warga emas akan tetapi dapat merawat kesunyian mereka, malah dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.
Semoga sedikit sebanyak kehadiran kami dapat menyembuhkan kerinduan dan menceriakan hati semua yang berada disini.”
