Mahasiswa KUO meraikan kemenangan berganda mereka pada majlis AKK 2025Mahasiswa KUO meraikan kemenangan berganda mereka pada majlis AKK 2025

Tanjong Malim, 12 Julai 2025 – Kolej Ungku Omar (KUO) sekali lagi mencipta detik gemilang apabila berjaya merangkul gelaran Kolej Bitara buat tahun kedua berturut-turut serta membolot sembilan Anugerah Emas Lestari dalam Majlis Anugerah Kolej Kediaman (AKK) 2025 anjuran Kolej-kolej Kediaman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kejayaan berganda ini bukan sahaja mengekalkan rekod kecemerlangan KUO, malah melonjakkan nama kolej tersebut sebagai peneraju utama dalam pembangunan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa di peringkat universiti.

Anugerah Kolej Bitara merupakan pengiktirafan tertinggi kepada kolej kediaman yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam aspek pengurusan, kebajikan, kepimpinan pelajar serta program berimpak tinggi sepanjang tahun.

Pemenang AKK Lestari KUO bergambar selepas majlis.
Prof. Dr. Norkhalid Salimin (TNC HEPA) menyempurnakan perasmian AKK 2025

Sementara itu, kejayaan membawa pulang sembilan Anugerah Emas Lestari turut membuktikan keupayaan luar biasa Majlis Mahasiswa KUO dalam memimpin dan menyumbang secara aktif terhadap pembangunan komuniti kolej serta inisiatif kelestarian kampus.

Pengetua KUO, Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian luar biasa ini, sambil menyatakan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama erat antara barisan pengurusan, Majlis Mahasiswa Kolej, Felo, Rakan Exco serta seluruh warga pelajar yang komited dan berdedikasi.

“Ini bukan sekadar kemenangan, tetapi manifestasi budaya kerja berpasukan, semangat kepimpinan, dan iltizam KUO dalam melahirkan mahasiswa holistik,” ujarnya.

Ahmad Haziq Arawi menerima Anugerah Emas Pemimpin Kolej Kediaman
 TNC HEPA menyantuni mahasiswa yang hadir

Kejayaan ini bukan sahaja mengulangi pencapaian tahun lalu dengan 5 anugerah Lestari diperoleh, malah melonjakkan lagi reputasi KUO sebagai kolej kediaman unggul dalam pelbagai aspek pembangunan pelajar, kepimpinan, kelestarian dan sahsiah.

KUO Mendominasi – 9 Kluster Dikuasai

Antara kluster yang dimenangi KUO termasuk:

  • Kesukarelawanan (Kemanusiaan)Syrelyn anak Misol (Emas)
  • Kesukarelawanan (Alam Sekitar)Sheryll Helter (Emas)
  • SukanMohammad Qualid Mansah bin Razman (Emas)
  • KebudayaanDarwisyah Afrina binti Kamarul-Anuar (Emas)
  • Pengucapan AwamMuhammad Lutfi Radzi bin Mohd Asri (Emas)
  • KerohanianNur Syafiqah Umairah binti Mohd Shahbudin (Emas)
  • STEMNursafika binti Amat (Emas)
  • KepimpinanAhmad Haziq Arawi bin Hamidi (Emas)
  • Kesukarelawanan (Khidmat Komuniti)Nur Hamizah binti Solah Huddin (Gangsa)
  • Wacana IntelekMohd Amiluddin bin Baharudin (Perak)
  • KeusahawananMuhammad Danial Fiqri bin Sulaiman (Gangsa)

Selain itu, KUO turut menyinar dalam kategori staf apabila Muhamad Hafiz bin Abd Manap dianugerahkan Staf Lestari Emas.

Tambah gembira, Prof. Dr. Norkhalid Salimin, sempat mengumumkan geran antarabangsa bernilai RM10,000.00 kepada KUO atas kejayaan yang dikecapi dua tahun berturut-turut ini.

Dengan pencapaian cemerlang ini, KUO terus membuktikan bahawa budaya kepimpinan, kesukarelawanan dan kelestarian yang dibudayakan dalam kalangan warganya bukan sekadar retorik, tetapi diterjemah melalui tindakan dan pengiktirafan berprestij di peringkat kolej dan university.

Senarai Pemenang Anugerah Kolej Kediaman UPSI 2025

Anugerah Kolej Bitara

Kolej Ungku Omar (KUO)


KLUSTER KESUKARELAWANAN (Khidmat Komuniti)

  • Felecia Buah Jepri (UKLK)
  • Muhammad Zulhilmi bin Mohd Desa (KHAR)
  • Nur Hamizah binti Solah Huddin (KUO)

KLUSTER KESUKARELAWANAN (Kemanusiaan)

  • Syrelyn anak Misol (KUO)
  • Nurul Asyiqin Abd Rahim (UKLK)
  • Mus’ab Umair bin Khairul Idham (KAHS)

KLUSTER KESUKARELAWANAN (Alam Sekitar)

  • Sheryll Helter (KUO)
  • Muhammad Alif bin Ayub (KAHS)
  • Nur Asykeen binti Abdullah (UKLK)

KLUSTER SUKAN

  • Mohammad Qualid Mansah bin Razman (KUO)
  • Mohamad Syukri Azwan bin Shukeran (KZ)
  • Muhamad Amir Farhan bin Ahmad Ridzuan (KAB)

KLUSTER KEBUDAYAAN

  • Darwisyah Afrina binti Kamarul-Anuar (KUO)
  • Marcedolly Majin (UKLK)
  • Newtonick Resi (KZ)

KLUSTER PENGUCAPAN AWAM

  • Muhammad Lutfi Radzi bin Mohd Asri (KUO)
  • Fairrymond Filipi Ak Juny (KHAR)
  • Muhammad Aziq Aiman bin Mohd Nor (UKLK)

KLUSTER WACANA INTELEK

  • Muhammad Irfan Aiman bin Abdul Muqtadir (KHAR)
  • Mohd Amiluddin bin Baharudin (KUO)
  • Fatin Nur Maisarah binti Mohd Nadzri (KZ)

KLUSTER KEROHANIAN

  • Nur Syafiqah Umairah binti Mohd Shahbudin (KUO)
  • Nor Syazwani binti Suhaimi (UKLK)
  • Aisyah Farhah binti Kamarul Baharin (KHAR)

KLUSTER STEM

  • Nursafika binti Amat (KUO)
  • Muhammad Aniq bin Daud (KHAR)
  • Nur Fifi binti Adzmi (UKLK)

KLUSTER KEPIMPINAN

  • Ahmad Haziq Arawi bin Hamidi (KUO)
  • Irdina Wafa binti Zuklifli (UKLK)
  • Mohammad Adrian Adrie bin Abu Bakar (KZ)

KLUSTER KEUSAHAWANAN

  • Maisarah Salsabila binti Mohd Jamel (KAB)
  • Afrina Wafa binti Abdul Wahhib (KHAR)
  • Muhammad Danial Fiqri bin Sulaiman (KUO)

KLUSTER FELO LESTARI

  • En. Mohd Raizol bin Ramli (UKLK)
  • En. Affandie bin Mohammed (KZ)
  • En. Hazman bin Ya’akob (KHAR)

KLUSTER STAF LESTARI

  • En. Muhamad Hafiz bin Abd Manap (KUO)
  • En. Mohammad Arsyad bin Sulaiman (KAB)
  • Jagatha A/P Krishnadass (KZ)