Didie Syazry ketika menjuarai Raise The Star Malaysia anjuran Astro.Didie Syazry ketika menjuarai Raise The Star Malaysia anjuran Astro.

Tanjung Malim  – Pelajar  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Didie Shazry dinobatkan  sebagai juara sulung program realiti nyanyian terbaharu, Raise The Star Malaysia anjuran Astro.

Kemenang pencapaianan ini merupakan cemerlang yang membanggakan universiti dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus.

Dalam konsert akhir yang disiarkan secara langsung dari Royale Theatre Shah Alam, Didie Shazry berjaya memukau juri dan penonton dengan persembahan yang mantap dan vokal yang bertenaga.

Beliau menewaskan finalis lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebuah trofi, dan peluang untuk merakam single terbaharu ciptaan komposer terkenal, Aina Abdul, yang berjudul “Peganglah Hati”.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Didie Shazry berikutan kejayaan Didie  membuktikan bahawa pelajar UPSI bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga memiliki bakat besar dan berdaya saing dalam bidang seni.

Kemenangan ini, katanya, adalah hasil usaha gigih dan komitmen Didie Shazry  serta sokongan padu daripada pensyarah dan rakan-rakan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.”

Didie Shazry, pelajar semester tiga program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik), mula mendapat perhatian menerusi lagu “Joget Jiwa Lara” yang liriknya ditulis oleh pensyarah beliau yang juga komposer terkenal, Dr Azam Dungun, bersama rakan-rakan pelajar UPSI.

 Pembabitan  beliau dalam industri muzik bukan sahaja mengangkat namanya, malah turut meletakkan nama UPSI di peta persada seni tanah air.

Pihak universiti berharap kejayaan Didie Shazry akan terus menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk tidak takut mengejar impian mereka dan membuktikan bahawa pendidikan di UPSI mampu melahirkan graduan yang holistik, seimbang, dan cemerlang dalam pelbagai bidang.