TANJUNG MALIM, 19 Ogos – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan delegasi RHB Bank yang diketuai oleh En. Razali Mohd Noh@Hashim Ketua Perbankan Islamik RHB yang hadir menyerahkan sumbangan berjumlah RM23,000 kepada UPSI bagi membantu mangsa insiden nahas di Gerik 9 Jun 2025 yang lalu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Encik Razali, Ketua Pembangunan Perniagaan Islamik, RHB, bersama-sama delegasi RHB Negeri Perak disaksikan oleh Pendaftar, Bendahari, dan Ketua Timbalan Pendaftar JHEPA.

Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md. Amin Bin Md. Taff dipetik sebagai berkata,

“Kami amat menghargai keprihatinan RHB di atas kesudian hadir dan sumbangan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak RHB atas inisiatif ini yang bukan sahaja meringankan beban pelajar dan keluarga terlibat, malah turut bertindak selaku rakan kerjasama strategik yang cakna dan proaktif”

Yg Bhg Naib Canselor juga turut berkongsi status susulan UPSI dengan pelajar dan keluarga mangsa nahas kemalangan bas di Grik di mana pihak UPSI membantu dari aspek susulan kesihatan, agihan bantuan, guaman dan tuntutan insurans pelajar.

Sehingga ke hari ini pihak UPSI masih meneruskan sesi susulan kaunseling kepada pelajar dan keluarga khususnya dalam memastikan pelajar dapat segera kembali meneruskan pengajian mereka di UPSI.

Nahas kemalangan bas pada 9 Jun 2025 yang lalu melibatkan 42 mangsa keseluruhannya dengan 27 pelajar cedera dan 15 pelajar lagi telah meninggal dunia.