Bergambar Bersama Staf Penerbit UTMBergambar Bersama Staf Penerbit UTM

oleh: Arissa Hasya Auni

Johor Bahru, 29 Ogos 2025 – Pejabat Karang Mengarang (PKM) menganjurkan Program Penandaarasan di Johor Baharu bermula 28 Ogos 2025 hingga 29 Ogos 2025.

Menurut Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah, program ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam penerbitan antara institusi di Johor Bahru seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong.

Bersama Kakitangan IPG Kampus Temenggong
Suasana dalam Bilik Perbincangan
Suasana dalam Bilik Perbincangan

“Program di Penerbit UTM dan IPG Kampus Temenggong menjurus kepada Sesi Koloboratif dan perkongsian dunia akademik, penerbitan dan amalan terbaik” kata Dr Nordiana.

Sesi interaksi di kedua institusi berlangsung dengan penuh informatif bagi memanfaatkan kedua institusi, Contohnya di UTM, sesi dua hala melibatkan kepentingan bersama dibincangkan secara kritis dalam menambahbaik pengurusan kedua entiti penerbit di Universiti.

Maisara menemu bual staf Pelangi Book Gallery
Staf bergambar di dalam Book XCESS

Pengerusi Program yang juga Timbalan Pendaftar Kanan PKM Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, berkata seramai 23 orang kakitangan PKM hadir ke sesi ini,

“Selain program di UTM dan IPG Kampus Temenggong, para peserta juga terlibat dalam program penandaarasan kedai buku di Pelangi Book Gallery dan Book XCESS pada 28 Ogos 2025” tambah Ahmad.

Staf di Pelangi Book Gallery
Staf di Pelangi Book Gallery

Pereka Grafik PKM Nurmaisarah Ahmad, mengambil peluang kunjungan di Pelangi Book Gallery dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada kakitangan mereka. Antara soalan menarik diajukan kepada pihak mereka ialah berkaitan bagaimana Pelangi Book dapat mengekalkan jualan buku sehingga ke hari ini.

Kunjungan ke Pelangi Book Gallery ini memberi tuah kepada kakitangan PKM kerana kebetulan ada jualan gudang serendah RM1. Mereka mengambil peluang untuk membuat pembelian termasuk mendaftar keahlian.

Staf di Pelangi Book Gallery
Staf di Pelangi Book Gallery

Sementara itu, staf PKM mengambil peluang mengunjungi Book XCESS untuk melihat keunikan susunatur buku di situ termasuk melihat sendiri buku buku yang dijual oleh mereka. Sepanjang sesi berlangsung, kelihatan juga staf PKM mencatatkan apa yang mereka pelajari untuk dimasukkan dalam pautan yang disediakan oleh urus setia.

Menurut Ahmad lagi, setiap peserta diberikan tugas dalam skop penandarasan masing-masingnya seperti Penarafan dan Antarabangsa, Buku Karya Asli, Buku Terjemahan, Tadbir Urus, Buku Print on Demand, Pemasaran Buku, Kewangan dan Pengurusan Grafik.

Staf di Penerbit UTM pada 29 Ogos 2025
Sesi Penyerahan Cenderamata kepada Penerbit UTM

Salah seorang peserta program yang juga Perancang Bahasa S12 (Memangku), Faridah Hanim Aziz @Adan berkata hasil daripada program ini, beliau akan melaksanakan penerbitan buku secara kerjasama dengan UTM selain penerbitan buku melalui tesis dengan IPG Kampus Temenggong.

Program penandarasan di Johor Bahru ini dilihat bakal memberi impak yang besar kepada pengurusan dan penerbitan PKM secara keseluruhan dalam membuat perubahan bagi tahun tahun mendatang.