Oleh: Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan, Dr. Yulyanti Harisman, Prof. Dr. Armiati, Dr. Suherman, Hafizatunnisa dan Aqilul Asra

Kumpulan penyelidik gabungan dari Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia telah menjalankan pengutipan data bagi kajian bertajuk “Pembelajaran Project-Based Inquiry Learning (PIL) Terintegrasi STEM dan Etnomatematika Minangkabau untuk Meningkatkan Kemampuan Literasi Matematis Peserta Didik”.

Pengutipan data dilakukan di SMPN 7 Bukittinggi dan MTsN 6 Agam, melibatkan murid sekolah menengah yang mengikuti aktiviti sepak rago dan galah panjang (lari beku) sebagai konteks pembelajaran.

Melalui pendekatan Project-Based Inquiry Learning (PIL), unsur STEM digabungkan dengan etnomatematika Minangkabau, bertujuan meningkatkan kemampuan literasi matematik murid dengan cara yang lebih bermakna, kreatif, dan berakar pada budaya tempatan.

Kumpulan penyelidik terdiri daripada:

  • Dr. Yulyanti Harisman (Ketua Penyelidik, Universitas Negeri Padang)
  • Prof. Dr. Armiati, M.Pd (Universitas Negeri Padang)
  • Dr. Suherman, S.Pd., M.Si (Universitas Negeri Padang)
  • Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan (Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia)
  • Hafizatunnisa, M.Pd (Universitas Negeri Padang)
  • Aqilul Asra, S.Pd (Universitas Negeri Padang)

Menurut penyelidik utama, aktiviti ini bukan sekadar mengukur prestasi murid dari sudut matematik, tetapi juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya, keterampilan abad ke-21, dan motivasi belajar.

Guru-guru di kedua-dua sekolah menyambut baik usaha ini kerana ia menjadikan kelas lebih interaktif, kontekstual, dan menyeronokkan.

Kajian rentas dua negara ini diharapkan dapat menjadi model pengajaran inovatif yang boleh diaplikasikan lebih luas dalam sistem pendidikan Indonesia dan Malaysia, sekali gus memperkukuh literasi matematik murid dan melestarikan warisan budaya Minangkabau melalui integrasi STEM.