Tetamu PKM Di Kedai Buku Bersama Wakil Pengarah PKMTetamu PKM Di Kedai Buku Bersama Wakil Pengarah PKM

oleh: Arissa Hasya Auni

Tanjung Malim, 8 Oktober 2025 – Pejabat Karang Mengarang (PKM) pada hari ini menerima tiga orang tetamu dari Russia yang berkunjung di Kedai Buku UPSI. Mereka ialah Nadezhda Shirokova, Irina Sukhanova dan Irana Isaeva dari Altai State Pedagogical University  (ALTSPU).

Menurut wakil Pengarah PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, PKM bertuah menerima kunjungan tetamu dari Russia ke Kedai Buku UPSI.

Katanya lagi, tetamu tersebut sebenarnya mempunyai jadual yang ketat sempena kunjungan di UPSI tetapi mengambil peluang untuk hadir ke kedai buku walaupun seketika.

“Pengarah PKN, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah pada sebelah pagi, meminta staf PKM membuat persiapan bagi menerima kunjungan tetamu luar negara ini”  kata Ahmad.

Ketika membuat pembelian di kaunter buku PKM, mereka amat berpuashati dengan kadar diskaun buku yang ditawarkan oleh UPSI. Ada antara buku yang dibeli khususnya buku buku terbitan lama dijual serendah RM1 sahaja.

Pembantu Tadbir (P/O), PKM, Muhammad Shahrul Mizan Mohamed Nizam pula berkata Nadezhda Shirokova mengucapkan tahniah kepada PKM kerana membuat jualan buku secara diskaun.

“Mereka turut membeli buku-buku terbitan baharu selain buku buku lama” kata Mizan.

Shahrul Mizan Bergambar Bersama Tetamu
Penerangan dan Pembelian Buku
Penerangan dan Pembelian Buku

Sejumlah 15 buah buku dibeli oleh ketiga-tiga tetamu dalam sesi kunjungan kali ini. Antara buku yang menjadi pilihan mereka termasuklah “A Compilation of Poems, Short Stories and Essays”, “Code-Switching in a Multilingual Environment”, “Assessment in Higher Education Institusions in Malaysia”, “Early Childhood Curriculum”,  “Teaching and Learning of English As A Second Language”, “Road to Happiness Stories on Moral Values”, “Smart School Teacher’s Thinking Endeavour” dan “Blended Language Learning & Teacher Empowerment: Selected Case Studies”.