Oleh Nur Azilah
Tanjong Malim, 16 Oktober 2025 – Generasi muda hari ini bukan sekadar pemimpin masa hadapan tetapi pemimpin yang sedang mencorak perubahan di masa ini. Program Youth Talk: Leading Change, Transforming Communities telah dianjurkan oleh EXCO Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh Sidang 2025/2026 secara dalam talian bagi memberi inspirasi dan bimbingan kepada anak muda untuk menjadi ejen perubahan yang memberi kesan terhadap komuniti.
Program ini menampilkan Ms. Michelle Ann M. Villanueva, Presidential Staff Officer of the National Youth Commission (Philippines), Philippine Youth Representative for the 4th ASEAN Youth Dialogue and ASEAN Youth Interface with ASEAN Leaders (46th ASEAN Summit), serta Mental Health Youth Coach Volunteer of Mental Health Youth Hub Philippines. Kehadiran beliau telah memberi inspirasi kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar dan belia dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei.
Dalam perkongsian, Ms. Michelle menekankan bahawa belia merupakan penggerak utama kepada pembangunan komuniti dan setiap individu mempunyai keupayaan untuk mencipta perubahan.“When we volunteer and participate, we don’t just help, we heal, we uplift, and we become part of something greater than ourselves.” Petikan ini juga dikongsikan yang menggambarkan bahawa semangat kesukarelawan ini bukan sekadar memberi sumbangan terhadap komuniti tetapi juga membina nilai kemanusian dalam diri.



Program bertemakan “Leading Change, Transforming Communities” telah menghimpunkan lebih 800 orang peserta yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi serta belia daripada pelbagai latar belakang untuk mendalami pengisian tentang peranan dan tanggungjawab anak muda dalam komuniti. Program diakhiri dengan sesi soal jawab yang menyuarakan pandangan dan persoalan terhadap perkongsian oleh penceramah jemputan.
Kesimpulannya, Program Youth Talk: Leading Change, Transforming Communities menjadi wadah bermakna dalam membentuk generasi belia yang berfikiran global, berjiwa sukarelawan, dan berupaya memimpin perubahan demi kemajuan komuniti dan masa depan bangsa.

