Oleh: Muhammad Zulhilmi Azahar dan Muhammad Muaz Idris Mahanor Kamal

Tanjong Malim, 11 Disember 2025 – Lebih 90 orang mahasiswa Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semester 7 yang terdiri daripada ISMP Pendikan Islam dan ISM Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai Bengkel Analisis Data Kuantitatif dan Kualitatif yang berlangsung di Kompleks Akademik Blok A. Program ini bertujuan memberikan pendedahan mendalam berkaitan kaedah analisis data sebagai persiapan awal menjelang Kolokium Prasiswazah i-Furqan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pelaksanaan kedua-dua bengkel dijalankan secara serentak mengikut kaedah penyelidikan masing-masing. Bengkel Analisis Data Kuantitatif telah diadakan di Aras 1, Bilik Kuliah 3 dan disampaikan oleh Dr. Samsuddin Abdul Hamid, manakala Bengkel Analisis Data Kualitatif yang berlangsung di Aras 2, Bilik Kuliah 1 telah dikendalikan oleh Dr. Murihah Abdullah.

Mahasiswa Jabatan Pengajian Islam semester 7 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Murihah Abdullah dan Dr. Samsuddin Abdul Hamid atas perkongsian ilmu, bimbingan serta penerangan yang jelas sepanjang bengkel berlangsung. Komitmen dan kepakaran yang diberikan oleh kedua-dua pensyarah ini sangat membantu mahasiswa dalam memperkukuh kemahiran penyelidikan masing-masing.

Diharapkan agar semua mahasiswa Semester 7 Jabatan Pengajian Islam dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperoleh, seterusnya menghasilkan penyelidikan yang berkualiti, teratur dan menepati keperluan akademik. Melalui bengkel ini, para mahasiswa diyakini lebih bersedia dan yakin dalam menghadapi Kolokium Prasiswazah i-Furqan pada masa akan datang. Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya penyelidikan dalam kalangan mahasiswa UPSI.