Oleh: Nur Batrisyia Nizam
Banten, 3 Januari 2026- Sembako, singkatan kepada Sembilan Bahan Pokok, merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada keperluan asas harian masyarakat, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. Sejak diperkenalkan, Sembako telah menjadi simbol keperluan asas yang mencerminkan tahap kesejahteraan hidup masyarakat.
Istilah yang merangkumi sembilan bahan makanan utama ini diwujudkan bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat, khususnya ketika berdepan tekanan ekonomi. Justeru, pengagihan Sembako sering dijadikan inisiatif utama dalam program bakti sosial sebagai usaha meringankan beban golongan memerlukan.

Bagi mengetengahkan pengadaptasian budaya tempatan dalam kalangan mahasiswa, Program MESRA International Volunteering 3.0 (IVP 3.0) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneroka dan merasai pengalama aktiviti Bakti Sosial (BAKSOS) yang melibatkan penyerahan sumbangan sembako dan sesi ramah tamah bersama komuniti setempat. Aktiviti ini bertujuan menyemai nilai empati, keprihatinan sosial dan tanggungjawab kemanusiaan dalam kalangan peserta.
Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus, Prof. Madya Dr. Che Ghani Che Kob menyatakan program BAKSOS ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan, malah dapat menjadi platform untuk memupuk nilai empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta.
“Kami berharap melalui aktiviti kesukarelawanan ini, peserta dapat menghayati peranan mereka sebagai mahasiswa yang prihatin dan mampu menyumbang secara langsung kepada masyarakat, tanpa mengira sempadan negara,” ujar beliau hari ini.

Setiausaha Program MESRA IVP 3.0, Irdina Wafa Zulkifli, pengisian hari ini dapat memberi keseimbangan antara pembelajaran dan penglibatan peserta dalam pendedahan terhadap realiti kehidupan masyarakat setempat.
Menurut beliau, “penduduk setempat menyambut baik pelaksanaan program dan merakamkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan. Mereka juga menyuarakan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai pihak yang memerlukan”.
Wakil peserta antarabangsa UPSI, Sun Wujiadai berkata, pengisian hari ini dapat memberi keseimbangan antara pembelajaran dan penglibatan peserta dalam pendedahan terhadap realiti kehidupan masyarakat setempat.
Menurut beliau, “penduduk setempat menyambut baik pelaksanaan program dan merakamkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan. Mereka juga menyuarakan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai pihak yang memerlukan”.

Selepas BAKSOS, mahasiswa didedahkan dengan pemprosesan kopi secara tradisional di Lawang Taji Coffee Farm, Pandeglang. Setiap peserta diberi peluang untuk menyemai dan menyediakan air kopi. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran secara langsung, malah membuka perspektif peserta terhadap potensi ekonomi komuniti setempat.
Felo Penasihat, Unit Kediaman Luar Kampus, UPSI, Mohd Raizol Ramli turut menyokong inisiatif pengusaha dalam pemuliharaan ladang kopi ini menerusi sumbangan anak pokok di Ladang Lawang Taji Coffee sebagai langkah proaktif dalam menyokong kelestarian alam sekitar dan meningkatkan kualiti oksigen di kawasan setempat. Selain memberi manfaat kepada alam sekitar, program ini turut menjadi platform pendidikan kepada para sukarelawan daripada UPSI, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama Universiti Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin, Banten mengenai kepentingan pemeliharaan alam dan tanggungjawab sosial.
“Pengisian aktviti bakti sosial melalui serahan sembako, pendidikan penanaman dan pemprosesan kopi serta pembelajaran ekonomi setempat menjadi fokus bagi program IVP 3.0 yang sedang berlangsung pada 2 hingga 6 Januari 2026 bertempat di Banten dan Bandung, Indonesia” katanya.
