Oleh : Muhammad Haziq Syahmi Che Mohd Zahari

Tanjong Malim, 27 Disember 2025 – Kempen Tolak LGBT Voltrix: “Jauhi Maksiat, Dekati Fitrah”, anjuran Exco Blok Kediaman 5, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, UPSI telah berlangsung pada 27 Disember 2025 bertempat di Foyer Blok Kediaman 5.

Program ini berlangsung selama dua hari iaitu 27 Disember 2025 hingga 28 Disember 2025 dengan kunjungan mahasiswa UPSI seramai 1,035 orang.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyemai kesedaran mahasiswa tentang kepentingan menjaga fitrah dan nilai moral dalam kehidupan seharian.

Selain itu, program ini turut memberi pendedahan berkaitan isu sosial melalui pendekatan pendidikan yang berhemah dan berinformasi.

Program ini dimulakan dengan penganjuran pertandingan penghasilan poster Anti-LGBT yang melibatkan penyertaan penghuni kolej.

Hasil poster yang dipertandingkan kemudiannya digunakan sebagai bahan utama pameran kesedaran, di samping pelaksanaan kuiz interaktif kepada para pengunjung.

Gimik perasmian oleh penasihat program, Encik Mohd Izzat bin Abdul Rahman
Pameran Hasil Karya Peserta Pertandingan Poster Anti LGBT

Menurut Felo Blok Kediaman 5, Mohd Izzat Abdul Rahman, penganjuran program seumpama ini amat penting dalam membentuk kefahaman dan sahsiah mahasiswa.

Beliau berharap program berunsur pendidikan sosial dapat diteruskan sebagai medium penyampaian mesej kesedaran yang berkesan.

Pengarah Program, Hiranyan Ravichandran, menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan kolej serta jawatankuasa pelaksana atas sokongan dan komitmen yang diberikan.

Secara keseluruhan, Kempen Tolak LGBT Voltrix telah dilaksanakan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini memberi impak positif dari segi kesedaran sosial serta memperkukuh peranan kolej kediaman dalam pembentukan jati diri mahasiswa.