Oleh : Siti Nurhafizah Mohd Roseki 

Tanjung Malim, 2 Mac 2026 – Program Sedia Praktikum, Sedia Kaunselor:  From Victorias to Metanoia and Maverick telah berlangsung dengan jayanya  pada jam 8:30 pagi hingga 1:00 petang secara dalam talian melalui platform  Google Meet.

Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif persediaan awal  kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar kos ISMP Bimbingan dan  Kaunseling UPSI bagi menghadapi fasa praktikum dengan lebih yakin,  berfokus dan profesional. 

Ucapan oleh Lissa Ajik Kapili selaku Pengarah Program bagi Program  Sedia Praktikum, Sedia Kaunselor: From Victorias to Metanoia and Maverick dimulakan dengan lafaz kesyukuran atas kelancaran penganjuran program  yang berlangsung melalui platform Google Meet.

Beliau merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung  mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini, termasuk barisan  penceramah, jawatankuasa pelaksana serta para peserta yang memberikan  komitmen sepenuhnya sepanjang sesi berlangsung. 

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat yang  dijemput bagi menyempurnakan Program Sedia Praktikum, Sedia Kaunselor,  Dr. Md Noor Saper.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan  kepada pihak penganjur atas usaha menganjurkan program yang memberi  manfaat besar kepada para pelajar khususnya bakal kaunselor yang akan  menjalani praktikum.

Beliau menekankan bahawa praktikum merupakan satu  fasa penting dalam pembentukan identiti profesional seorang kaunselor. 

Melalui pengalaman lapangan, para pelajar berpeluang mengaplikasikan teori  yang dipelajari di bilik kuliah ke dalam situasi sebenar serta membina  kemahiran komunikasi, empati dan pengurusan kes secara lebih efektif.

Sesi fotografi pertama Program Sedia Praktikum, Sedia Kaunselor telah  dilaksanakan dengan teratur dan lancar sebagai sebahagian daripada  pengisian program.

Sesi ini bertujuan merakam momen rasmi para peserta  sebelum memulakan latihan praktikum dalam bidang kaunseling.

Rakaman ini  bukan sahaja menjadi dokumentasi program, malah melambangkan kesediaan  dan komitmen peserta dalam menggalas tanggungjawab sebagai bakal  kaunselor. 

Program diteruskan dengan sesi perkongsian oleh dua orang panel yang  berpengalaman iaitu Ikram Fahmi Rahmat dan Sofea  Maisarah Shuib serta dipandu oleh seorang moderator iaitu Nur Ardini  Anuar.

Kedua-dua panel berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang  menjalani praktikum, termasuk aspek pengurusan kes, etika profesional serta  persediaan mental dan emosi sebagai kaunselor pelatih.

Moderator turut  memainkan peranan penting dalam mengendalikan sesi dan mengemukakan  soalan yang relevan.

Sesi diakhiri dengan soal jawab yang memberi peluang  kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut secara langsung daripada  panel. 

Sesi Fotografi 2 Program Sedia Praktikum, Sedia Kaunselor telah dilaksanakan  dengan lancar sebagai kesinambungan dokumentasi program dan penutup  bagi program ini.

Sesi ini melibatkan semua peserta dan urus setia bagi tujuan  rekod rasmi serta bahan hebahan. Pelaksanaan sesi ini mencerminkan  komitmen dan kesediaan para peserta dalam menghadapi fasa praktikum yang  bakal ditempuh.

Diharapkan kenangan yang dirakam menjadi simbol semangat  dan iltizam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai bakal kaunselor.