21 Febuari 2026 – Program Spring Forward: Lunar New Year merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Saleh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini telah berlangsung dari 15 hingga 25 Februari secara dalam talian melalui platform Google Meet dan berjaya menarik penyertaan yang amat memberangsangkan dengan kehadiran lebih daripada 350 orang peserta. Program ini dipimpin oleh Pengarah Program, Leonel Francis, bersama barisan jawatankuasa pelaksana yang komited dalam menjayakan program berkonsepkan perpaduan dan integrasi budaya.

Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum serta meningkatkan pemahaman tentang budaya antara satu sama lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan tradisi. Oleh itu, program seperti ini amat penting dalam memberi pendedahan kepada generasi muda khususnya mahasiswa untuk memahami dan menghargai kepelbagaian tersebut.

Program Spring Forward: Lunar New Year merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Saleh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini telah berlangsung dari 15 hingga 25 Februari secara dalam talian melalui platform Google Meet dan berjaya menarik penyertaan yang amat memberangsangkan dengan kehadiran lebih daripada 350 orang peserta. Program ini dipimpin oleh Pengarah Program, Leonel Francis, bersama barisan jawatankuasa pelaksana yang komited dalam menjayakan program berkonsepkan perpaduan dan integrasi budaya.

SPRING FORWARD: LUNAR NEW YEAR tampil sebagai platform penuh warna yang menyatukan kepelbagaian budaya Malaysia dalam satu pengalaman bermakna. Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada mahasiswa untuk mengenali keunikan tradisi masyarakat Cina, malah menjadi jambatan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Pelbagai aktiviti kreatif seperti Pertandingan Vlog dan Poster Digital CNY berjaya mencetuskan idea segar serta memperlihatkan keindahan budaya melalui perspektif peserta. Perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan turut menambah nilai, memberikan pemahaman lebih mendalam tentang makna dan tradisi Tahun Baharu Cina.

Program ini juga diserikan dengan perasmian pengetua Kolej Awang Had Salleh Dr.Mardiana binti Ismail, selain itu. Sesi ceramah yang disampaikan oleh Encik Lai Foo Fat, iaitu Guru Bahasa Cina DG12 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam ceramah tersebut, beliau berkongsi tentang makna serta kepentingan sambutan Tahun Baharu Cina dalam budaya masyarakat Cina, di samping menerangkan nilai-nilai tradisi yang diamalkan ketika perayaan tersebut. Perkongsian ini memberi peluang kepada para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam tentang budaya dan adat masyarakat Cina.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meninggalkan impak yang signifikan—bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menyemai rasa hormat, toleransi dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya. Inisiatif seperti ini wajar diteruskan sebagai pemangkin keharmonian Malaysia yang lebih utuh. Diharapkan program seperti ini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang bagi memastikan semangat perpaduan, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia terus dipelihara dan diperkukuhkan, terutamanya dalam kalangan generasi muda.