Delegasi PKM bergambar kumpulanDelegasi PKM bergambar kumpulan

oleh Arissa Hasya Auni

Port Dickson, 2 April 2026 –  Pejabat Karang Mengarang (PKM)  memberi sumbangan buku di tiga sekolah di Port Dickson dan Teluk Kemang dalam satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berlangsung pada hari ini sempena Retreat PKM.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah. Turut hadir dalam majlis ini ialah  Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan), Dr Laili Farhana Md Ibharim dan Penyelaras Program Retreat PKM yang juga Timbalan Pendaftar Kanan UPSI, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain.

Penyerahan buku kepada wakil Sekolah Menengah Agama Telok Kemang
Suasana dalam majlis
Bergambar ramai

Penyampaian buku di tiga sekolah tersebut dibuat secara konsep “singgah dan serah” dengan dimulakan di Sekolah Menengah Agama Telok Kemang kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana dan terakhir di SMK Tinggi Port Dickson.

Pengetua Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, Ahmad Zulfakor bin Darusa merakam ucapan terima kasih kepada UPSI di atas usaha yang dibuat ini.

“kami juga akan bekerjasama dengan UPSI bagi penerbitan buku dan jurnal berkaitan bidang agama Islam” kata Ahmad Zulfakor.

Penyerahan buku kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana
Suasana dalam majlis
Bergambar ramai

Turut hadir ialah Penolong Kanan Kokurikulum, Dr Mohd Zamri Mohamed Noor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Shairozi Hashim dan guru guru sekolah, Nur Afiqah Mohamad Lotfi serta Nur Sakina  Razli.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, Norhanisah Ab. Wahab sempat meluangkan masa bertemu 26 orang staf PKM walaupun sibuk dengan tugasannya. Turut hadir ialah guru yang menguruskan lawatan delegasi PKM, Nurul Najihah Omar.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada UPSI di atas sumbangan buku selain menghadiakan sebuah hamper.

Penyerahan buku kepada wakil SMK Tinggi Port Dickson.
Bergambar ramai

Bergambar ramai

Selain sesi ringkas ini, lawatan ke Pusat Sumber sekolah turut diadakan.

“Kalau ada program atau kolaborasi kecil,  tapak tangan Malaysia saya tadahkan” kata Nurul Najihah dalam nada berseloroh.

Di SMK Tinggi Port Dickson, Pengetuanya, Hajah Warzurayah Ali sudi menerima sumbangan buku dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Pusat Sumber sekolah tersebut. Turut hadir bersama, Penolong Kanan 1, Nazihah A Wahab dan Guru Perpustakaan dan Media, Saidah Othman

Warzurayah Ali dalam ucapannya merakam terima kasih kepada UPSI atas inisiatif ini kepada sekolah yang dirasmikan pada tahun 1966 ini.

Sesi penyerahan buku dan pertukaran hadiah berlangsung dalam suasana ceria termasuk berlangsungnya rakaman video untuk Tik Tok.

Pengarah PKM dalam ucapannya berkata program ini bertujuan mendekatkan UPSI bersama komuniti melalui aktiviti CSR sesuai dengan peranan PKM sebagai penerbit buku UPSI yang mempunyai reputasi kukuh.

”Salah satu sumbangan PKM ialah memberi sumbangan buku buku terbitan UPSI ke sekolah sekolah untuk dibaca oleh warga pendidik dan para pelajar” kata Nordiana.

Menurut Nordiana lagi, kerjasama dengan sekolah turut diperluas dengan pelawaan penerbitan buku dan jurnal sesuai dengan peranan UPSI sebagai peneraju dalam pendidikan.

Dengan adanya  buku buku terbitan UPSI di sekolah sekolah, ia membuka luas produk dan jenama UPSI yang kini mula bertapak di tiga sekolah di Port Dickson dan Teluk Kemang.