Oleh Arissa Hasya Auni
TELUK KEMANG, 4 April 2026 – Malam Apresiasi Staf PKM sempena Retreat Pejabat Karang Mengarang (PKM) 2026 dianjurkan pada hari ini bertempat di Dewan Pacific 1, Hotel Pacific Regency Beach Resort, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Menurut Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah, Malam Apresiasi Staf PKM merupakan sebahagian pengisian Retreat PKM selain slot membincang dan membentangkan Refleksi Pencapaian Tahun 2025, Hala Tuju 2026, Pelan Tindakan 2026 & Inisiatif Strategik yang berimpak dan Way Forward.
“PKM meneruskan penghargaan kepada 26 orang staf PKM melalui anugerah khas seperti Anugerah Staf Paling Hargai Masa, Anugerah Staf Paling Bermotivasi dan Anugerah Staf Paling Kreatif (Tik Tok). Sesi Pertukaran Hadiah dan Cabutan Bertuah turut diadakan.” kata Dr Nordiana.



Sementara itu, Timbalan Pendaftar Kanan PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata sempena tema karakter filem, staf PKM lebih berani mengetengahkan pakaian mereka kali ini.
“Antara watak yang digayakan ternasuk dalam filem Harry Potter, Squid Game, Ola Bola, Hantu Kak Limah dan Toy Story” kata Ahmad.
Nur Farhan Mohd Yusoff menjadi satu satunya peserta yang menang tiga tahun berturut turut bagi Anugerah Busana Malam Apresiasi. Kali ini beliau mempertaruhkan busana Pirates of the Carribbean.
Empat staf lain yang menjadi pemenang termasuklah Azlan Mohd Dahari (Blade), Megat Iskandar Shah Megat Hassan (Spider Man), Ilyah Nazrah Jamaluddin (Sadness) dan Sofiatul Nazira Ahmad Shubki (Super Mario).



Juara Persembahan Malam Apresiasi PKM pula dimenangi buat kali kedua berturut turut oleh Seksyen Pentadbiran dan Kewangan apabila drama muzikal bertajuk “Apek Lompat 2026” berjaya mencuit perhatian juri dan hadirin.
Tempat kedua menjadi milik Seksyen Pemasaran dan Jualan manakala tempat ketiga dimenangi Seksyen Jurnal yang kali pertama menyertai persembahan ini. Untuk kali ini, Seksyen Penerbitan Buku memilih untuk tidak membuat persembahan.
Lebih mencuit hati, Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan), Dr Laili Farhana Md Ibharim dan Pengarah PKM serta TImbalan Pendaftar Kanan PKM membuat persembahan khas menerusi lagu hari raya nyanyian Faizal Tahir dan Senariounion, “Bila Lagi Nak Jumpa”.

Sementara itu, Juara Aktiviti Retreat PKM yang meliputi Explorace dan Aktiviti Sukaneka dimenangi oleh kumpulan Sawillicous, tempat kedua, kumpulan Girafest, tempat ketiga menjadi milik Oyen manakala Sawade Pingu dan Capyberry X masing masing tempat ketiga dan keempat.
Pada hari kedua, setiap kumpulan menjalankan tugasan khas dalam slot Explorace di Muzium Tentera Darat. Manakala dalam slot team building yang dijalankan pada hari ketiga, mereka menyempurnakan tugasan “Ko Pekak Ke?”,
“Tunjuk Langit” dan “Warna Warni Kehidupan”.
Retreat PKM diakhiri dengan Sesi Bersama Naib Canselor pada hari keempat dengan slot ini diwakili oleh Pengarah PKM yang turut mewakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pada 4 April 2026. Pengarah PKM menutup program retreat dengan Sesi Refleksi dan Sesi Penambahbaikan program.
“Sesi kali ini staf PKM diuji dengan kecederaan dan kesakitan. Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain terpaksa disimen tangan kerana terjatuh di tangga hotel ketika sarapan. Kaki Shahril Sadzib tersangkut dalam palang besi ketika Sesi Explorace” kata Dr Nordiana.
Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan), Dr Laili Farhana Md Ibharim mengalami gangguan telinga dan Nor Azura Mustafa Bakri diserang pening kepala.



Peristiwa ini menyerlah sifat prihatin staf PKM dalam menghayati “Jiwa Keinsanan” seperti dalam Aspirasi Naib Canselor.
“Pengarah sendiri pergi menghantar staf yang sakit ke hospital dan klinik.Staf pula sama sama membantu meringankan beban yang lain dengan pemberian ubat.” kata Penyelaras Program Retreat PKM, Ahmad Janatul Firdaus ketika di temui di akhir program.
