Oleh : Siti Nurhafizah Mohd Roseki 

Tanjung Malim, 4 APRIL 2026 – Program Kem Latihan Bakal Kaunselor 2026  telah berlangsung pada 4 April 2026 (Sabtu) bertempat di DKP 16, bermula  seawal jam 7:30 pagi hingga 6:30 petang.

Program ini dianjurkan oleh Exco  Disiplin dan Tatatertib , Persatuan Bimbingan dan Kaunseling (KASIH) yang  melibatkan pelajar ISMP Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama  Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Kem ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan melahirkan pelajar  berkemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Bertemakan  “Meneroka Jiwa, Menemui Hakikat”, program ini memberi penekanan kepada  pembangunan diri, kemahiran komunikasi serta pembinaan empati dalam  kalangan peserta. 

Pengarah Program Kem Latihan Bakal Kaunselor: Meneroka Jiwa, Menemui  Hakikat iaitu NurSafiah Syahirah binti Razali menzahirkan rasa syukur atas  kelancaran program serta merakamkan penghargaan kepada semua pihak  yang terlibat atas komitmen yang diberikan.

Beliau menyatakan bahawa  program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kemahiran asas  kaunseling di samping membina keyakinan diri dan kepekaan emosi peserta. 

Beliau juga berharap agar ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta  menjadi asas dalam melahirkan bakal kaunselor yang berintegriti dan  berempati.

Program ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Di-Pertua KASIH  iaitu Nur Ardini Anuar. Dalam ucapannya, Yang Di-Pertua KASIH  menekankan kepentingan program ini untuk membina kemahiran kaunseling,  empati, dan kepimpinan.

Beliau menyeru peserta memanfaatkan peluang ini  sepenuhnya dan mengumumkan bahawa program ini akan diteruskan pada  masa akan datang.Yang Di-Pertua KASIH juga mengucapkan penghargaan  kepada semua pihak yang terlibat, sambil berharap semangat kerjasama dan  kecemerlangan terus berkembang. 

Sesi fotografi pertama telah diadakan sebagai kenangan sepanjang  berlangsungnya Program Kem Latihan Bakal Kaunselor : Meneroka Jiwa,  Menemui Hakikat. Sesi ini melibatkan barisan penganjur serta para peserta  sebagai tanda penghargaan dan kenangan terhadap penglibatan mereka  dalam menjayakan program tersebut. 

Sesi kem yang dikendalikan oleh Fasilitator daripada batch Maverick 2026 bermula dengan sesi energiser untuk meningkatkan semangat dan tenaga  peserta, diikuti dengan ice breaking bagi memupuk keselesaan dan keakraban  antara peserta.

Seterusnya, peserta menyertai LDK 1 dan LDK 2, yang  memfokuskan kepada kerjasama, komunikasi, dan pembangunan kemahiran  interpersonal.

Aktiviti diteruskan dengan perkongsian bertajuk “Tujuan dan  Hakikat: Kaunseling adalah Perjuangan”, yang memberi pemahaman  mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab seorang kaunselor.

Sesi  diakhiri dengan Jalinan Mesra: Daripada Perspektif ke Nurani, menekankan  kepentingan empati, kepekaan, dan penghayatan diri serta orang lain. 

Keseluruhan sesi kem ini berjaya menggabungkan pembelajaran, refleksi, dan  pengalaman praktikal secara interaktif, sekaligus memperkukuhkan hubungan  dan kerjasama antara peserta.

Sesi fotografi kedua telah diadakan pada penghujung program sebagai tanda  kenangan dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

Sesi ini turut  menjadi simbol penutup kepada Program Kem Latihan Bakal Kaunselor : Meneroka Jiwa, Menemui Hakikat yang telah berlangsung dengan lancar dan  penuh pengisian bermanfaat.