oleh Abdul Hanif Mt Saberi
Kuala Lumpur, 15 April 2026 – Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memulakan langkah awal dalam membina jaringan kerjasama strategik melalui kunjungan hormat ke Bank Rakyat Malaysia.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah PPPI, Prof. Madya Dr Lena Farida Hussain Chin bertujuan meneroka peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan, inovasi serta pembangunan komuniti yang mampan, selaras dengan pendekatan RDICE
Sesi perbincangan telah diterajui oleh Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak yang menzahirkan komitmen tinggi dalam menyokong inisiatif berteraskan penyelidikan dan inovasi.
Turut mengiringi kunjungan ini ialah Prof. Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor yang berkongsi mengenai program Diploma Keusahawanan Pelita Suluh Budiman melibatkan 20 pesalah muda di penjara.
Dalam sesi tersebut, PPPI UPSI membentangkan beberapa agenda strategik sebagai asas kerjasama jangka panjang.
Antaranya termasuk penerangan mengenai Tabung Endowmen Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi sebagai instrumen tabungan dana jangka panjang bagi memperkukuh kelestarian penyelidikan Universiti.
UPSI juga menyatakan kesediaan menjalinkan kerjasama penyelidikan berkaitan keperluan sektor kewangan.
Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha memperkasa impak sosial kepada komuniti sasaran merangkumi golongan B40, kanak-kanak keciciran dan kumpulan rentan lain. Pendekatan yang dicadangkan melibatkan inovasi sosial, pemindahan ilmu serta pembangunan program incubator.
Selain itu, kedua-dua pihak turut mengenal pasti potensi kolaborasi dalam penyelidikan berfokus industri, inovasi sosial dan kewangan serta pembangunan modal insan.
Fokus turut diberikan kepada program pemindahan ilmu dan pengukuhan rantaian nilai RDICE hingga ke peringkat pengkomersialan dan keusahawanan. Kesemua inisiatif ini dilihat mampu memperluas impak kepada komuniti dan industri secara menyeluruh.