Oleh: Amizatul Syahirah Mat Sani & Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail

Tanjung Malim Perak, 12 April 2026 – Program Geolokal Run : Langkah Sihat, Ilmu Bermakna telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Cemerlang Bersama Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan dengan ilmu geografi, disamping dapat meningkatkan kesedaran terhadap keindahan alam dan warisan budaya tempatan.

Selain itu, program ini menggabungkan elemen tradisional dan aktiviti riadah moden sebagai satu pendekatan holistik untuk memupuk kesedaran mahasiswa terhadap keindahan alam sekitar serta memperkukuh penghargaan terhadap warisan budaya tempatan yang menjadi identiti masyarakat setempat.

Pelepasan peserta larian ke checkpoint yang disediakan
Penyertaan peseerta dari pelbagai bangsa
Kolaborasi bersama Cloudy Taro

Program ini dianjurkan oleh Mohd Badruzzaman Bin Hazeman (Pengarah Program) Ketua Batch Geoventures bagi semester empat sesi 2025/2026 serta dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Bin Ismail, Timbalan Dekan (Jaringan Industri Dan Pengkomersilan Persatuan Geografi Sidang 2025/2026.

Program ini melibatkan mahasiswa pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India yang mencerminkan semangat perpaduan. Ia sejajar dengan matlamat United Nations melalui SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dengan menggalakkan gaya hidup sihat, SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dalam geografi, serta SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat) menerusi pengukuhan kerjasama antara jawatankuasa dan peserta. Secara keseluruhan, program ini berjaya melahirkan individu yang sihat, berilmu dan berdaya saing serta meningkatkan imej Persatuan Geografi UPSI.

Sesi bacaan doa dan diikuti dengan perasmian program
Penyampaian hadiah kepada peserta terawal lelaki dan perempuan

Geolokal Run ini turut dijalankan melalui kolaborasi bersama Cloudy Taro, yang berperanan sebagai rakan penaja dan penyumbang kepada kemeriahan program. Kerjasama ini bukan sahaja membantu dari segi sokongan bahan dan promosi, malah turut menarik lebih ramai penyertaan dalam kalangan peserta.

Program Geolokal Run : Langkah Sihat, Ilmu Bermakna yang bertemakan budaya tempatan bermula seawal jam 8:00 pagi hingga 11:30 pagi. Peserta yang menyertai program ini adalah seramai 106 orang terdiri daripada mahasiswa dari semester dua hingga semester empat yang berlainan bangsa.

Antara pengisian di setiap checkpoint adalah Pelepasan peserta larian melibatkan beberapa checkpoint yang telah disediakan sepanjang laluan. Di checkpoint 1 (Hello Bumi!!!), peserta perlu meneka simbol dan akan menerima Button Badge Geolokal. Seterusnya, di checkpoint 2 (Kunyah dan Khatulistiwa), peserta juga perlu meneka simbol dan diberikan dua kuih tradisional serta satu minuman. Di checkpoint 3 (Boss Level Bumi), peserta meneka simbol sebagai cabaran utama dan menerima Metal Pin. Akhir sekali, di checkpoint 4 (Mission Complete: Bumi Selamat), peserta meneka simbol terakhir dan diberikan dua kuih tradisional serta satu minuman sebagai penutup aktiviti.

Ketibaan peserta di checkpoint tiga
Barisan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Geolokal Run : Langkah Sihat , Ilmu Bermakna

Secara keseluruhannya, program Geolokal Run: Langkah Sihat, Ilmu Bermakna berjaya mencapai objektifnya dalam menggabungkan elemen kesihatan fizikal dan pembelajaran geografi secara interaktif. Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian, malah turut meningkatkan pengetahuan peserta melalui aktiviti di setiap checkpoint yang berunsurkan ilmu.