Oleh: Chempaka Nur Ariesha Juhari, Putri Erra Elyana Binti Sharizall & Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail

TANJUNG MALIM, 29 April 2026 — Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya menganjurkan FSK Sports Day: Game On 2026 yang diketuai oleh Saudara Ahmad Muhammad Bin Jasmi dari Persatuan Pengajian Malaysia dengan kerjasama Persatuan Geografi dan persatuan-persatuan dibawah Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Majlis Perasmian FSK Sports Day: Game On 2026 oleh Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan
Pasukan Bowling Kategori Lelaki (Emas) dan Perempuan (Gangsa)
Pasukan Bowling Kategori Lelaki (Emas) dan Perempuan (Gangsa)

Program ini telah menghimpunkan tujuh persatuan di bawah Fakulti Sains Kemanusiaan iaitu dan Persatuan Geografi (PERGEO), Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS), Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Persatuan Pendidikan Islam (PPI), Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ) , Persatuan Moral dan Persatuan Turath Islami (PTI). Kesemua persatuan ini masing-masing mewakili jabatan-jabatan di Fakulti Sains Kemanusiaan, seperti Persatuan Geografi yang mewakili Jabatan Geografi dan Alam Sekitar (JGAS) Fakulti Sains Kemanusiaan.

Pasukan E-Sport Mobile Legend (Emas)
Pasukan Bola tampar lelaki (Perak)(kiri) & Pasukan Bola tampar perempuan (Perak)(kanan)
Pasukan Bola tampar lelaki (Perak)(kiri) & Pasukan Bola tampar perempuan (Perak)(kanan)

Majlis perasmian dan penutupan FSK Sports Day: Game On 2026 telah berlangsung dan dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Nor Kalsom binti Mohd Isa, Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan serta telah dihadiri dan disambut baik oleh seluruh warga Fakulti Sains Kemanusiaan. Dalam majlis ini juga berlangsungnya Pertandingan Perbarisan Kontinjen setiap persatuan di bawah jabatan-jabatan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kejohanan ini telah berlangsung bermula 22 hingga 29 April 2026 dengan pelbagai acara sukan yang dipertandingkan secara berperingkat. Sepanjang penganjuran, acara dimulakan dengan pertandingan bowling, diikuti dengan acara bola tampar (lelaki dan perempuan), futsal, bola jaring, dan diteruskan lagi dengan acara petanque, badminton, bola sepak serta acara perbarisan daripada setiap kontinjen persatuan.

Pasukan Futsal (Emas)(kiri) & Pasukan Bola Sepak (tempat ke-empat)(kanan)
Pasukan Futsal (Emas)(kiri) & Pasukan Bola Sepak (tempat ke-empat)(kanan)
Pasukan Petanque Perempuan (ke-empat)(kiri) & Pasukan Petanque Lelaki (Gangsa)(kanan)

Persatuan Geografi (PERGEO) dibawah Jabatan Geografi dan Alam Sekitar (JGAS) telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila berjaya meraih sebanyak lima pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 37 mata dan meletakkan PERGEO Johan Keseluruhan keseluruhan bagi FSK Sports Day: Game On 2026.

PERGEO juga meraih pencapaian yang membanggakan apabila terdapat seorang aktivis semester dua daripada Persatuan Geografi iaitu Muhammad Aqif Bin Shariman, yang telah berjaya dinobatkan sebagai Olahragawan dengan membawa pulang dua pingat emas dan satu pingat gangsa bagi pertandingan Bowling, Futsal dan juga Petanque.

Pasukan Petanque Perempuan (ke-empat)(kiri) & Pasukan Petanque Lelaki (Gangsa)(kanan)
Pasukan Bola Jaring (Perak)
Pasukan Badminton Solo dan Beregu Perempuan (Emas)

Dalam Majlis penutupan ini, PERGEO dengan penuh bersemangat telah menampilkan perbarisan kontinjen dengan penyertaan seramai 100 orang aktivis PERGEO dalam perbarisan dengan menggayakan pakaian bertemakan makanan dan minuman yang berwarna hijau. Kontinjen Perbarisan PERGEO diketuai oleh Ahmad Muhaimin Bin Zulkefli, pelajar semester dua dan disertai dengan aktivis PERGEO daripada semester dua (batch Geonity), empat (batch Geoventure) dan enam (batch Geolaxy). Pasukan kontinjen ini juga telah meraih tempat ketiga dalam pertandingan perbarisan setiap persatuan dan jabatan.

Pasukan Badminton Solo dan Beregu Perempuan (Emas)
Pasukan Badminton Solo (Gangsa) dan Beregu Lelaki (Emas)
Pasukan Badminton Solo (Gangsa) dan Beregu Lelaki (Emas)

Secara keseluruhannya, kejayaan ini seharusnya menjadi titik tolak bagi PERGEO untuk terus memacu semangat dan kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan kampus. Momentum yang tercipta melalui FSK Sport Day: Game On 2026 perlu dipelihara dan dijadikan inspirasi bukan sahaja kepada para aktivis PERGEO, malah kepada seluruh warga Fakulti Sains Kemanusiaan agar terus berani bermimpi, bersatu hati dan berjuang tanpa putus asa demi mengharumkan nama persatuan dan fakulti di pentas yang lebih tinggi.

PERGEO menyandang gelaran Juara Keseluruhan Pertandingan Bowling dan Badminton
PERGEO menyandang gelaran Juara Keseluruhan Pertandingan Bowling dan Badminton
Saudara Muhammad Aqif Bin Shahriman, Olahragawan FSK Sports Day: Game On 2026

Seperti kata pepatah, “Bersatu teguh, bercerai roboh” — dan PERGEO telah membuktikan bahawa falsafah ini bukan sekadar kata-kata, tetapi amalan yang meniti dalam setiap langkah perjuangan mereka. Tahniah kepada seluruh ahli PERGEO atas kejayaan yang membanggakan ini, dan semoga semangat yang menyala hari ini akan terus membara dalam setiap misi yang mendatang.

Pasukan Persembahan Perbarisan Kontinjen Persatuan Geografi (PERGEO)
Pasukan Persembahan Perbarisan Kontinjen Persatuan Geografi (PERGEO)
Penasihat Persatuan (memegang trofi dibarisan tengah) bersama Aktivis Persatuan Geografi