Oleh: Nur Fasha Shuhada Hakimi

Tanjong Malim, 12 Mei 2026 – Program Beauty to Runway: From Brush to Confidence anjuran Exco Blok Kediaman 4, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sidang 2025/2026 merupakan satu aktiviti bagi memberi peluang kepada penghuni perempuan untuk menonjolkan bakat dalam bidang solekan serta meningkatkan keyakinan diri. Program ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kolej secara aktif.

Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan solekan yang bertemakan “Glam”. Seramai 14 orang peserta memperagakan hasil solekan masing-masing dihadapan penonton seramai 130 orang. Peserta dan penonton turut menerima makanan serta blind box yang disediakan oleh pihak penganjur.

Program ini telah berlangsung pada 12 Mei 2026, dimulai seawal jam 7.00pm bagi persiapan Ahli Jawatankuasa Pelaksana, diikuti sesi pendaftaran peserta dan penonton.

Majlis diteruskan dengan ketibaan Pengetua Kolej Harun Aminurrashid iaitu Dr. Haji Che Anuar bin Che Abdullah, sebelum acara rasmi dimulakan dengan bacaan doa.

Seterusnya, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah Program, Noor Hanis Hazwani binti Mohd Riduan diikuti dengan perasmian oleh Pengetua dan sesi fotografi.

Kemudian, program diteruskan dengan taklimat aktiviti sebelum sesi utama dijalankan. Para peserta menunjukkan kreativiti mereka dengan menghasilkan solekan mengikut tema “Glam” sebelum memperagakan hasil solekan tersebut melalui sesi catwalk di hadapan penonton. Manakala, penonton memberikan perhatian dan sokongan yang baik sepanjang program dijalankan.

Selain itu, penonton turut terlibat dalam pemilihan pemenang dengan mengundi peserta pilihan mereka sebelum majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama. Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama barisan jemputan, peserta dan penonton sebelum majlis bersurai pada jam 11.00pm.

Secara keseluruhannya, Program Beauty to Runway: From Brush to Confidence telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta menunjukkan kreativiti dalam solekan serta keyakinan semasa persembahan. Penonton juga memberikan sokongan yang baik sepanjang program berlangsung.