Oleh: Maira Harissa dan Norrulkamari Daud

Tanjong Malim, 24 Mei 2026 – Bertemakan “Retro”, Majlis Apresiasi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2026 (MADiP) yang dianjurkan oleh barisan kepimpinan Persatuan Diploma PAKK Sidang 2025/2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Banquet E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Majlis yang menjadi program tahunan itu telah dihadiri oleh kehadiran Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TDHEPA), FPM, barisan pensyarah dan 170 mahasiswa/i Diploma PAKK yang tampil bergaya mengikut tema retro pada malam tersebut.

Majlis tahunan ini dianjurkan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar Diploma PAKK yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik, sahsiah dan penglibatan aktif sepanjang semester lalu. Pada masa yang sama, program ini turut menjadi medium untuk memupuk semangat kekitaan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai-nilai insaniah dalam kalangan mahasiswa/i UPSI.

Selain diraikan dalam suasana yang penuh prestij, para hadirin juga diberikan pengalaman istimewa menerusi sentuhan dekorasi dan elemen klasik yang diinspirasikan daripada budaya retro. Dekorasi dewan yang unik, alunan muzik klasik serta pencahayaan yang menarik berjaya menghidupkan suasana malam yang penuh nostalgia.

Majlis turut diselitkan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program, Chew Wei Yee. Menurut beliau, majlis apresiasi ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan pelajar dalam mencapai kejayaan sepanjang pengajian mereka. Ketua Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Seah Siok Peh turut menyampaikan pesanan menerusi ucapan pengarah program dan pesanan kepada mahasiswa/i DPAKK. Beliau merakamkan penghargaan kepada barisan pensyarah yang sentiasa komited dalam mendidik dan menyampaikan ilmu kepada para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.

Majlis telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh TDHEPA FPM, Professor Madya Dr. Abdul Halim bin Masnan selaku perasmi utama. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa majlis seperti ini bukan sahaja bertujuan meraikan pencapaian akademik semata-mata, malah menjadi simbol penghargaan terhadap usaha, komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh para pelajar serta pensyarah sepanjang sesi pengajian. Beliau turut menegaskan bahawa penghargaan seperti ini mampu menjadi membakar semangat kepada mahasiswa/i untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak serta membentuk pendidik yang berkualiti dan berjiwa penyayang.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah dekan kepada pelajar mengikut batch yang dimulakan dengan batch Sapphire dan diikuti dengan batch Eduvengers.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian anugerah khas kepada para pensyarah seperti Anugerah Pensyarah Paling Mesra, Anugerah Pensyarah Terbaik dan Anugerah Pensyarah Komited dan Anugerah Pensyarah Prihatin sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka dalam mendidik mahasiswa/i DPAKK.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada para pelajar seperti Anugerah Mata Champ Terbaik, Anugerah Pelajar Paling Perform, Anugerah Pelajar Pelajar Komited, Anugerah Pelajar Paling Kemas dan Berinspirasi, Anugerah Sahabat Terbaik. Setiap penerima menerima sijil penghargaan dan cenderahati khas sebagai simbol apresiasi atas usaha gigih mereka sepanjang semester lalu.

Majlis diteruskan lagi dengan sambutan hari guru. Pemberian hadiah daripada wakil batch kepada kesemua pensyarah kemudian nyanyian lagu sambutan hari guru.Secara keseluruhannya, Majlis Apresiasi DPAKK (MADiP) 2026 bukan sekadar sebuah acara yang memberi kesan, tetapi menjadi simbol penghargaan dan penghormatan kepada seluruh warga DPAKK. Majlis ini membuktikan bahawa kecemerlangan bukan sahaja diukur melalui pencapaian akademik, malah turut melibatkan nilai kemanusiaan, kerjasama dan semangat kebersamaan yang diterapkan dalam diri setiap mahasiswa/i.

Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang bagi menyuburkan budaya apresiasi serta mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i dan pensyarah khususnya dalam kalangan warga DPAKK UPSI di samping mengekalkan semangat bersungguh belajar kepada siswa siswa dalam prestasi akademik amnya.