KUALA NERUS: Pelari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Nazrin bin Nazri, mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih pingat perak dalam acara 100 meter lelaki senior pada Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti Awam (SUKUM) ke-46, 2026.

Muhammad Nazrin mencatatkan masa 11.3 saat dalam aksi final acara meter lelaki senior yang berlangsung di Stadium UniSZA, sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Pelari UPSI itu ketinggalan 0.3 saat di belakang juara, Muhammad Shahrizal Nasharuddin bin Isham dari UniSZA yang mencatatkan masa 11.0 saat. Tempat ketiga menjadi milik Mohamad Afif Zulhusmi bin Alet dari UNIMAS dengan catatan 11.4 saat.

Keputusan penuh final turut menyaksikan Alif Luqman bin Azman dari UniMAP di tempat keempat dengan 11.5 saat, diikuti Mohamad Khairul Afendi bin Mohammad dari UPM (11.6s) dan Muhammad Hilmi bin Abd Razak dari UTHM (11.7s).

Muhammad Nazrin yang bertugas di Bahagian Keselamatan UPSI membuktikan kemampuan bersaing di pentas sukan universiti awam, selain menyumbang pingat buat kontinjen UPSI dalam temasya berkenaan.

Lebih membanggakan, pencapaian tersebut hadir menerusi persaingan sengit melibatkan lapan pelari dalam pentas final. Dengan catatan 11.3 saat, Nazrin berjaya mengekalkan momentum sehingga ke garisan penamat untuk mengesahkan kedudukan naib juara.

SUKUM 2026 berlangsung dari 6 hingga 16 Ogos 2026 di UniSZA, Terengganu, dengan menghimpunkan warga universiti awam dari seluruh negara dalam pelbagai acara sukan.

Kejayaan Muhammad Nazrin sekali gus menjadi suntikan semangat buat kontinjen UPSI untuk terus memburu kejayaan dan mengharumkan nama universiti dalam temasya sukan kakitangan universiti awam.