Pasukan mahasiswa PPM3013 bergambar kenangan bersama pensyarah kursus, rakan kerjasama KRT Proton City, dan para peserta bengkel.Pasukan mahasiswa PPM3013 bergambar kenangan bersama pensyarah kursus, rakan kerjasama KRT Proton City, dan para peserta bengkel.

oleh Prof. Madya Dr. Zuraidah Zainol

TANJONG MALIM, 26 Oktober 2026 – Membuktikan keupayaan mengurus acara perkhidmatan sebenar di luar bilik kuliah, seramai 60 orang mahasiswa kursus PPM3013 Pengantar Pemasaran, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Projek SULAM Kesejahteraan Berbelanja: Pemerkasaan Tabiat Berbelanja dan Pengurusan Kewangan Berhemah bertempat di Bilik Seminar FPE, Kampus Sultan Azlan Shah pada 25 Oktober lalu. 

Inisiatif pembelajaran berasaskan perkhidmatan (Service-Learning Malaysia – University for Society / SULAM) ini dijayakan dengan kerjasama strategik Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Proton City dengan pembiayaan Pusat Pembangunan Akademik (PPA) UPSI. Program ini diintegrasikan secara langsung ke dalam pentaksiran amali kursus, di mana mahasiswa dibahagikan kepada enam portfolio operasi berasaskan campuran pemasaran perkhidmatan (Services Marketing Mix 7Ps), iaitu Pengurusan Komuniti & Peserta (People), Promosi & Penjenamaan (Promotion), Logistik & Pengangkutan Bas UPSI (Place), Operasi Makanan & Minuman (Process), Perolehan Kit Latihan (Physical Evidence), serta Protokol & Fasilitator Pemindahan Ilmu (Process & People). 

Penyelaras Kursus PPM3013 merangkap Penyelaras Projek SULAM, Prof. Madya Dr. Zuraidah binti Zainol, menegaskan bahawa keunikan projek ini terletak pada peranan mahasiswa sendiri yang bertindak sepenuhnya sebagai fasilitator meja latihan (PIC Pemindahan Ilmu) tanpa bergantung kepada penceramah luar. Pendekatan ini turut menerapkan anjakan minda berasaskan nilai Pendidikan Berteraskan Nilai (Values-Based Education – VBE), iaitu Syukur Ilmu (Knowledge Gratitude). 

“Menerusi lensa SULAM, pembelajaran tidak lagi bersifat transaksi satu hala untuk ‘membantu golongan memerlukan’, sebaliknya membentuk anjakan minda timbal balik di mana mahasiswa merefleksikan keistimewaan peluang belajar di universiti dan menzahirkan rasa syukur ilmu. Mahasiswa mengajar modul pengurusan tunai secara hands-on, sambil belajar meneladani kecekalan dan ketahanan sosioekonomi golongan suri rumah B40 serta ketua keluarga berpendapatan tunggal dalam menguruskan kelangsungan hidup,” jelas beliau. 

Sepanjang bengkel berlangsung, setiap meja latihan dibimbing secara intensif oleh fasilitator mahasiswa menggunakan inovasi Kit Jurnal 30 Hari Sejahtera Berbelanja. Mahasiswa memandu peserta mengira agihan Formula Bajet 60:20:10:10, mengasingkan tunai mingguan ke dalam Sistem Sampul Dapur, mengesan kebocoran tunai harian (Latte Factor), mempraktikkan Peraturan 72 Jam (72-Hour Rule) bagi mengekang pembelian impulsif, dan memperkenalkan tip berbelanja secara bijak melalui harga seunit produk. 

Mahasiswa kursus PPM3013 Pengantar Pemasaran bertindak sebagai fasilitator meja latihan membimbing peserta komuniti suri rumah B40 dan keluarga berpendapatan tunggal mengurus aliran tunai berasaskan Kit Jurnal 30 Hari Sejahtera Berbelanja. 
Mahasiswa kursus PPM3013 Pengantar Pemasaran bertindak sebagai fasilitator meja latihan membimbing peserta komuniti suri rumah B40 dan keluarga berpendapatan tunggal mengurus aliran tunai berasaskan Kit Jurnal 30 Hari Sejahtera Berbelanja. 
Mahasiswa kursus PPM3013 Pengantar Pemasaran bertindak sebagai fasilitator meja latihan membimbing peserta komuniti suri rumah B40 dan keluarga berpendapatan tunggal mengurus aliran tunai berasaskan Kit Jurnal 30 Hari Sejahtera Berbelanja. 

Pengerusi KRT Proton City, Encik Mohlis bin Bandi, menyifatkan bimbingan mesra para mahasiswa UPSI berjaya mengubah topik kewangan yang lazimnya rumit menjadi aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan sangat praktikal untuk diamalkan di rumah. Penyediaan pengangkutan bas UPSI dari kawasan perumahan ke kampus turut membuktikan komitmen tinggi universiti dalam memudahkan kehadiran peserta komuniti. Bagi memupuk keberkatan dan keharmonian institusi kekeluargaan, program ini diserikan dengan penyerahan sumbangan naskhah waqaf al-Quran daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI kepada para peserta komuniti.

Penganjuran projek SULAM ini bukan sahaja berjaya memperkasa ketahanan kewangan komuniti Proton City selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 8: Pekerjaan Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi), malah melatih mahasiswa FPE menguasai kemahiran kepimpinan, empati, dan pengauditan pemasaran holistik demi melahirkan graduan berjiwa ihsan.