Oleh: Prof Madya Dr. Shazlyn Milleana Shaharudin, Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib, Dr. Anis Diyana Halim & Dr. Adibah Abu Bakar
TANJONG MALIM – Inisiatif memperkasakan inovasi pengajaran diteruskan menerusi bengkel Inkuiri (Pengukuhan Pedagogi Inkuiri dan Penerokaan dalam PdP) yang memfokuskan perkongsian ilmu dalam pedagogi pengajaran.
Bengkel ini telah berlangsung di Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (FSM UPSI), pada 21 Oktober 2026 lepas. Program kolaborasi antara Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto ini telah melibatkan seramai 30 orang guru SK Kampung Soeharto.
Pengisian utama bengkel ini turut menumpukan kepada sesi perkongsian ilmu yang mendalam mengenai kepentingan memperkukuh pedagogi inkuiri dan teknik penerokaan terkini dalam landskap PdP moden. Suasana sesi menjadi lebih hidup apabila para guru mengambil kesempatan untuk aktif bertukar pandangan, berkongsi pengalaman bilik darjah, serta berkolaborasi dalam merangka strategi pengajaran yang lebih dinamik, kreatif, dan berkesan demi memberi impak maksimum kepada murid di sekolah.



Secara keseluruhannya, bengkel ini dilihat berjaya memupuk kreativiti serta kemahiran merancang amalan PdP inovatif sebagai persediaan memenuhi keperluan pendidikan masa depan. Program seumpama ini wajar diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan bagi membantu mengapliaksikan pendidikan yang berkesan, selari dengan aspirasi pendidikan negara serta peranan UPSI sebagai universiti pendidikan unggul.

