Oleh: Prof Madya Dr. Shazlyn Milleana Shaharudin, Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib, Dr. Anis Diyana Halim & Dr. Adibah Abu Bakar
KUALA KUBU BHARU – Satu program Karnival STEM telah berlangsung dengan meriah di Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto pada 28 Oktober 2026 lepas bagi membudayakan pembelajaran sains dan matematik secara interaktif. Program dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Guru Besar SK Kampung Soeharto, disusuli dengan sesi menandatangani jalinan kerjasama strategik antara pihak SK Kampung Soeharto dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).



hinnga enam melalui pelbagai eksperimen dan aktiviti interaktif yang disediakan. Antara booth yang disediakan termasuk booth Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Buffer Booth. Program ini berjaya mengukuhkan kolaborasi antara guru dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, di samping meningkatkan kemahiran inkuiri dan pemikiran kritis dalam kalangan murid-murid menerusi eksperimen aktif. Secara keseluruhannya, program Karnival STEM telah berjaya memberi pendedahan kepada guru dan juga murid tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan inovatif. Program ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pengajaran, malah mewujudkan jaringan komuniti pembelajaran profesional antara guru bagi menyokong transformasi pendidikan STEM yang selari dengan kehendak abad ke-21.
