Oleh: Cherliz Treacy Yahya, Muhammad Asyraaf Izzuan dan Mahzuz Irfan Asmad
Tanjong Malim, 17 September 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Aminuddin Baki (MMKAB) menganjurkan Synergy Leadership Camp – Team Building selama tiga hari bermula pada 17 hingga 19 September 2024 di UPSI Adventure Park (UAP).
Kem ini, yang diilhamkan oleh Pengetua Kolej, Encik Zulkifli Mamat, bertujuan memperkukuhkan kerja berpasukan dan kolaborasi di kalangan ahli MMKAB.


Kem ini telah disertai oleh 36 peserta yang terdiri daripada ahli MMKAB. Barisan pentadbiran kolej, dan felo-felo blok kolej kediaman turut bersama-sama di UAP sepanjang kem ini berlangsung.
Kem ini bertujuan bagi memupuk semangat kerjasama dan kolaborasi yang berkesan sebagai persedian untuk ahli MMKAB memikul tanggungjawab mereka.


Pelbagai aktiviti dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dijalankan bagi memenuhi tujuan tersebut.
Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam kem ini adalah sesi Heart-To-Heart yang menjadi satu peluang bagi peserta untuk berkongsi latar belakang peribadi dan mewujudkan hubungan yang akrab antara peserta.
Kemahiran berkomunikasi dan kemandirian diri turut diasah dalam aktiviti Jungle Trekking supaya peserta sentiasa peka dengan persekitaran dan rakan-rakan ketika menyelusuri hutan.
Tambahan lagi, peserta juga diberikan peluang dalam kumpulan untuk memasak sendiri menggunakan kayu api.
Kaedah ini memberikan cabaran kepada peserta untuk menyiapkan makanan mirip ketika berada di hutan belantara dengan menggunakan bahan yang terhad.

Dalam satu aktiviti yang lain, setiap kumpulan diarahkan untuk mencari 10 belalang, dan 15 pucuk tumbuhan yang serupa.
Objektif aktiviti ini adalah melatih fokus dan memupuk sifat saling bantu-membantu supaya tugasan dapat disiapkan dengan cemerlang yang lengkap.
Melalui pelaksanaan kem ini, diharapkan ia menjadi satu permulaan ke arah pengukuhan ukhuwah dan memupuk ciri-ciri pemimpin berkarisma antara ahli MMKAB yang dapat di manfaatkan oleh seluruh mahasiswa dan penghuni kolej Aminuddin Baki.
