Oleh : Siti Faridah Jahajulah

Tanjong Malim, 24 September 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Lajnah Akademik dan Kajian, Kelab Al-Mursyidin (AMC) dengan kerjasama Pusat Islam UPSI mengadakan Program Talk University Lifestyle: Expectation Vs Reality secara atas talian melalui platform Tiktok live Al-Mursyidin Club Official.

Seramai 394 orang mahasiswa UPSI yang hadir menyemarakkan serta memeriahkan program ini. Program dimulakan aluan dan doa pembuka majlis daripada moderator iaitu Muhammad Adib Zulhilmi Dusuki selaku host program merangkap rais Lajnah Modal Insan dan Kepimpinan AMC 24/25.

Seterusnya, program berjalan seiring dengan tentatif program iaitu perkongsian yang berkonsepkan sembang santai bersama panel jemputan.

Program ini membawakan dua orang panel iaitu presiden Kelab Al-Murysidin 24/25, Muhamad Sufian Mohamad Saidi bersama dengan Naib Yang Dipertua Kelab Al -Mursyidin 24/24, Nur Atirah Hassan.

Akhir sekali, program diteruskan lagi dengan sesi soal jawab di mana para peserta akan mengajukan soalan kepada kedua dua panel tersebut dan diikuti sesi penggulungan (rumusan).

Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bagi memberi sedikit gambaran tentang kehidupan di alam universiti serta memberi suntikan motivasi kepada mahasiswa baharu khususnya apabila melangkah masuk menyambung pengajian.

Terdapat beberapa isu penting yang dibincangkan di dalam program ini.

Antara isu yang dibahaskan adalah cabaran apabila bergelar mahasiswa, penyebab utama kelalaian mahasiswa di universiti, cara melindungi diri agar tidak terjebak dengan budaya negatif, tips pengurusan masa dan soalan soalan lain yang diajukan oleh peserta.

Dihasratkan mahasiswa/i UPSI memperoleh banyak manfaat daripada program ini justeru mampu mengamalkan segala ilmu, tip dan nasihat yang telah disampaikan sepanjang program berlangsung. Seterusnya, membentuk sahsiah terbaik dalam diri mahasiswa/i UPSI.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)