Oleh: Dr. Vestly Kong Liang Soon & Halizah Binti Jimmy

Tanjong Malim, 21-25 Oktober 2024 – Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas (PM2PK) telah menghantar seramai 48 sukarelawan untuk membantu menjayakan Minggu Pendidikan Khas (MPK) yang mengandungi beberapa siri aktiviti yang dilaksanakan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Khir Johari. Tema utama program ini ialah Inklusiviti dan kolaboratif dalam memperkasakan kebolehpasaran MBPK.

Program Minggu Pendidikan Khas (MPK) ini bertujuan untuk menyediakan ruang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam menerima pengalaman baru daripada aktiviti-aktiviti yang berbeza yang telah dirancang di dalam program ini. Antara beberapa aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah ialah mock interview & grossfinetivity, kuiz online, hari keusahawanan & pameran seni, busking dan karaoke, pertandingan combat archery, target shoot dan fun shooter.  Selain itu, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai objektif yang tersendiri seperti mock interview dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada MBPK berkenaan dengan dunia kerjaya malahan aktiviti grossfinetivity pula merupakan siri aktiviti yang menguji MBPK dalam kemahiran motor kasar dan motor halus. Tambahan pula, hari keusahawanan dan pameran seni mendedahkan MBPK kepada unsur keusahawanan, cara dan jualan penyediaan makanan, minuman dan hasil kraftangan MBPK kepada orang luar. Akhir sekali ialah pertandingan combat archery dan target shoot yang mana pertandingan ini telah menjemput beberapa sekolah menengah dan rendah di daerah Muallim untuk menjadi peserta dalam pertandingan ini. Pada masa yang sama, funshooter terbuka kepada semua jemputan.

Program Minggu Pendidikan Khas (MPK) telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak ini dapat diteruskan demi kemajuan Pendidikan khas pada masa akan datang. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Saudari Halizah Binti Jimmy selaku person in charge dan semua sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.