Oleh: Mohammad Arif Aizat Sukry

Kelantan, 4 Disember 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Jabatan Penerangan dan Komunikasi, telah mengadakan Misi Bantuan Banjir di Kelantan iaitu Squad Ihsan Madani anjuran Kementerian Pengajian Tinggi.

Majlis ini juga menjadi bukti komitmen UPSI dalam menyediakan tenaga kerja dan fasiliti yang sesuai bagi membantu mahasiswa dan juga komunit.

Usaha ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan keupayaan mahasiswa dalam menggerakkan aktiviti berkaitan kebajikan pelajar, program pembangunan, dan inisiatif komuniti.

Sesi yang disaksikan Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin, turut bersama dalam misi kemanusiaan sebagai penaung utama terhadap Skuad Ihsan Madani yang terdiri daripada hampir 12 Institut Pengajian Tinggi Awam.

Turut hadir dalam sesi tersebut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI Sesi 2024/2025, Arif Aizat.

Skuad ini juga dianggotai oleh sejumlah 30 orang MPP UPSI dan sukarelawan daripada mahasiswa/i UPSI yang turut menyumbang tenaga dalam misi kemanusiaan ini.

Program ini telah membuka peluang dan ruang yang lebih luas terhadap mahasiswa/i untuk lebih berjasa dan berbakti kepada masyarakat terutamanya kepada komuniti yang memerlukan tindakan dan bantuan segera.

Pihak MPP UPSI juga turut menyalurkan bantuan berbentuk makanan kering kepada mangsa banjir yang terkesan teruk akibat banjir besar yang melanda di Kelantan.

Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan MPP dapat menunjukkan contoh kepimpinan yang telus dan berdaya saing, sejajar dengan peranan mereka sebagai wakil suara mahasiswa.

Hubungan erat antara pihak universiti, institusi kebajikan dan kemasyarakatan, dan pelajar ini dijangka menjadi asas kepada pembentukan kepimpinan sahsiah yang lestari dan menyeluruh pada masa depan